Tuesday, 1 September 2020

Resepi ~ Nasi Beriani Udang & Dalca Sayur


Jomlah Ummi kongsikan resepi Nasi Beriani Udang yang dijanjikan tempohari. Janji resepi je, bukan nasinya 😛

Resepi ni Ummi 'jumpa' dalam majalah Keluarga online. Ummi godek-godek cari pemilik resepinya. Rupanya resepi asal dari Chef Hanieliza, patutlah sedap. Tapi Ummi sekadar 'mencedok' resepi dari Che Kiah yang telah mencuba resepi Chef Liza ni. Moga pahala kebaikan mengalir buat keduanya.


NASI BERIANI UDANG
Sumber : Che Kiah 
Sumber Asal: Chef Hanieliza 

Bahan-bahan
500 gm udang besar [bersihkan]
1 kg beras basmathi [basuh dan toskan]
1/2 cawan lobak merah [potong dadu]
2 biji buah tomato...potong dadu (CK letak sebiji sebab tu yg ada)
1/2 cawan tomato soup (CK tambah sebab tomato biji ada sebiji jer) - Ummi tak letak
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 s/b minyak
3 s/b minyak sapi
2 s/b rempah beriani [bancuh dengan sedikit air menjadi paste]
1 kiub pati ayam (CK tambah)
Garam

Bahan Tumis
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 cm halia*
(bahan bertanda * dihiris)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 helai simpulan daun pandan (CK tambah)

Bahan-bahan lain/Bahan Hiasan 
(CK tambah)
1/2 cawan gajus yang dipanggang terlebih dahulu
Daun ketumbar
1/2 cawan kismis
Bawang goreng

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan paste rempah briyani. Masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak.
3. Masukkan beras dan goreng rata.
4. Masukkan udang, buah tomato, lobak merah, pati ayam dan garam (sesuaikan rasa). Kacau rata.
5. Masukkan air dan susu cair. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi dah kering, taburkan gajus, hirisan daun ketumbar dan kismis
7. Kacau rata (gembur) nasi sehingga semua bahan taburan tadi bersatu dengan nasi
8. Tabur bawang goreng semasa menghidang dan bolehlah dimakan bersama salad, dalca atau acar timun+nenas

Noxxa Style:


1. On stir-fry mode.
2. Ikut langkah 1- 5.
3. Off stir-fry mode. Tutup periuk Noxxa.
4. Set HP mode 7 minutes.
5. Once beep, release wap dulu. Buka periuk dan masukkan bahan-bahan hiasan dan sambung langkah 7 & 8.


Nasi Beriani Udang ni Ummi regukan dengan ayam bakar, acar timun dan dalca sayur. 

Resepi dalca sayur ni mudah sangat. Terima kasih kepada empunya resepi.

DALCA SAYUR 
Sumber: Blog Ibu Siti

Bahan-bahan 
1 genggam kacang dhal  - basuh dan rebus sampai empuk (HP 15 minit)
Bawang putih, bawang merah & halia - kisar bersama
1 sudu besar serbuk kari daging - bancuh dengan sedikit air
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
Santan
Sayur yang digemari - Ummi letak carrot & kacang panjang

Cara-cara
1. Basuh dan rebus kacang dhal hingga empuk.
2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan rempah tumis.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau.
4. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh bersama sedikit air dan tumis hingga garing.
5. Masukkan sedikit air dan masukkan semua sayuran yang keras dahulu seperti carrot dan kacang panjang.
6. Biar sampai sayur empuk. Masukkan pula sayuran lembut seperti terung.
7. Bila dah mendidih, masukkan kacang dhal dan santan
8. Perisakan dan tunggu hingga mendidih. Tutup api.

Selamat mencuba!

14 comments:

  1. sejujurnya kan PH kak ana tak pernah lagi masak nasi briyani lagi ni :)

    ReplyDelete
  2. nampak sedap tu saya tak pernah buat beriyani udang lagi 1st time tengok nih

    ReplyDelete
  3. Malasnya naknbuat...tp rasa nak makan..

    ReplyDelete
  4. Aah, malas nak buat, tengok cam banyak je bahannya, hehe..piuk noxxa pun nan hado, camno tu😆

    ReplyDelete
  5. Moga pahala mrngalir lagi untuk Puan Hazel pula.

    ReplyDelete
  6. HUwaaa..waaa... complicatednya buat seorang Mrs. A.
    Takpelah biarlah Mrs. A 'tunjuk' aje bila teringin nak makan huhuhuu...

    ReplyDelete
  7. Wahhhh, boleh buat menu hujung minggu atau jika ada tetamu datang rumah, kan

    ReplyDelete
  8. alamakk..udang! sedapnya..tapi kan..lagi best klo dapat rasa puan hazel punya masakan..cewahhh

    ReplyDelete
  9. Sedapnya! Tumpang jamu mata ye....nyum nyuummm!

    ReplyDelete
  10. Ni first time mama.tgk.nasi berianinudang. Mmg rare ni

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap. Tak pernah makan nasi beriyani udang lagi.

    ReplyDelete
  12. ▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.

    Pada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
    -------------------------------

    ▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.

    ▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.

    Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
    -------------------------------

    ▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.

    Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
    ------------------------------

    ▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
    Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
    ------------------------------
    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete