Hari isnin sambung beraya di kampung Ummi pula. Walaupun di hari terakhir Syawal kunjungan kami ke rumah saudara mara tetap disambut meriah. Almaklumlah 'orang keyel' datang beraya. Jangan tak tahu, bagi orang kampung Ummi, asal je tinggal di Lembah Klang, semuanya KL. Dok di Gombak pun depa kata Khola Lumpo 🤭
Rumah pertama dan wajib... Rumah Maklang Di... Depa, terus masuk dalam rumah, Ummi pula merayap ke rumah pusaka. Ambil daun palas dan kait buah gelugor.
Hiris dan keringkan... Jadilah asam keping |
Hijau elok daun palas kampung. Ummi buat stok ketupat untuk raya haji terus :) |
Depa pulak buli Paklang Duan suruh kait rambutan 😇
Rambutan tu hijau lagi anak-anak ooi... |
Kemudian, bawa Tok ke rumah Tok Imam. Tok dengan isteri Tok Imam bff, Ummi dengan anak Tok Imam pun bff juga. Rumah wajib ziarah juga ni...
Seterusnya ke rumah sepupu Ummi, Pakngah Hi. Macam-macam yang dijamu oleh Makngah Num. Siap bagi sebalang kerepek bawang dan sebekas kuih 'karas'. Adik Makngah Num ni usahawan IKS di Pendang. Berniaga kerepek dan kuih muih tradisional serata negeri.
Dari situ, kami ke rumah Tok Ngah pula. Waktu Tok Ngah meninggal beberapa hari sebelum puasa, masih belum dibenarkan rentas negeri. Jadi, bila ada kesempatan ni baru kami dapat berziarah keluarga Tok Ngah. Sepupu Ummi, Makcik Chom ni pun, pengusaha kerepek juga. Dapatlah merasa kerepek pisang sira yang sedap tu. Dengarnya pisang untuk dibuat kerepek ni diimport dari Myanmar. Pembekal tempatan tak cukup stok!
Ikutkan nak singgah beberapa rumah lagi tapi hari pun dah lewat petang. Hujan pulak tu... Insha Allah umur panjang, ada rezeki kita sambung ziarah raya haji ni.
Anak-anak mula tu tak seronok nak balik kampung Ummi, tak puas main dengan sepupu-sepupu di Jitra. Tapi, bila depa balik kampung Ummi, baru depa tau... Best beraya di kampung Ummi. Dijamu macam-macam... Dapat pula duit raya walaupun dah hujung Syawal 😁
Pusing-pusing sekejap pekan Baling sebelum bertolak balik ke Gombak.
Pasaraya Aneka dah jadi Kedai Eco. Tunggulah raya haji nanti, Ummi nak balik shopping haha...
الحمدلله على کل حال
Hihihi...jgn kata orang kampung Puan Hazel...orang kampung saya pun... kakak saya duduk USJ pun dikata duduk KL. Aje kemain jauh subang jaya tu dengan KL
ReplyDeletewahh Baling tempat bersejarah tunku dgn komunis chinpeng ni kannn., ;p
ReplyDelete