Sunday, 16 June 2019

Raya 2019 ~ beraya di Baling pula


Raya ketiga kami balik ke Baling. Lepas jumaat, ambil kunci homestay dulu. Kemudian baru balik ke kampung Ummi. Singgah dulu di rumah sepupu Ummi, jemput Tok. Memandangkan hari sudah petang dan kebanyakan penghuni tak ada di rumah, keluar beraya agaknya  kami hanya singgah beraya di rumah Tok Imam. Selain nak beraya, sebenarnya kami nak ziarah isteri Tok Imam yang diserang strok ketika Ramadhan baru masuk hari kedua.

Rasulullah SAW berpesan dan menggalakkan kita  menziarahi orang sakit sebab banyak perkara yang boleh kita insafi bila kita tengok orang sakit. Pertemuan kami dengan isteri Tok Imam menyebabkan hati Ummi tersentuh. Ada sesuatu yang Ummi belajar dari pertemuaan ini. Moga diberi kesihatan dan kesembuhan buat beliau. 

Raya keempat kami menyambung ziarah ke rumah Makngah, kakak Ummi. Dapat jumpa cucu baru, Aisyah yang comel. Lebat hitam terpacak-pacak rambutnya 😁 di rumah Makngah ni kami 3 beradik bersama pasangan berkumpul bersama Tok. Tapi itulah, lupa nak bergambar :( Paklong tak balik beraya, tak berapa sihat katanya. 

Dari situ bergerak pula ke rumah Tok Ngah, satu-satunya ibu saudara Ummi yang masih ada. Seronok Tok dapat jumpa kakak iparnya. Tok Ngah ni umurnya dah 94 tahun, sebaya Tun M. Bila bandingkan umur Tok dengan Tok Ngah, rasa muda pulak Tok. Umur Tok baru 80 πŸ˜„ Moga kedua-duanya diberi kesihatan yang baik selalu. 

Wajah kesayangan hamba ❤️

Itu je saudara mara di sebelah Ummi yang sempat kami ziarah. Masa tak mengizinkan sebab tengahari tu ada jemputan kenduri rumah sepupu Ummi. Lepas kenduri kami berkonvoi dengan Pakcik balik Ipoh. Traffic jam usah cakap. Dari Gerik ke Kuala Kangsar kereta berderet-deret, bersiput-siput kami atas jalan raya πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Dengan hujan lebatnya lagi. Bertabah je. Rayakan setahun sekali je :D


4 comments:

  1. Bertabahlah..rayakan setahun sekali.
    akak pon tahun ni 3hari2mlm perjalanan balik jtra->shahalam,berjalan raya sambil bersiput-siput di jalan raya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, akak org jitra juga ke?
      Salam 1 jitra πŸ˜†

      Delete
  2. Bersiput2 haha..boleh pinjam ni.
    Wah tak habis lagi beraya nampaknya, best sebab masih ada orang tua yg kita dpt menumpang kasih dari mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena balik dua-dua kampung kak. Bagi anak2 kenal asal usul :)

      Delete