Tuesday, 11 June 2019

Raya 2019 ~ 1 Syawal 1440H



Solat sunat Aidil Fitri atau kami sebut solat raya tahun ni dijadualkan pada pukul 9 pagi. Ada banyak masa untuk bersiap dan bersarapan dulu. Malam raya tu Ummi dan maklong masing-masing dah siapkan juadah raya; kuah soto dan rendang ayam. Guna noxxa je, itu yang cepat dan pantas. Pagi raya cuma panaskan dan rebus ketupat palas je. Rendang daging dan nasi beriani dari rumah sebelah (rumah Maksu).

Rendang daging dan kek coklat kukus in the making; 





Sampin yang di bawa balik dari gombak tiba-tiba 'mengecil' πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Tok Ayah bagi sampin lama dia. 
Abang oh Abang. 

Siap bersarapan semua ke surau. 

Tradisi surau/masjid di Kedah.
Anak-anak diraikan dengan pemberian duit raya. 
Zaman Ummi dulu dapat 5 kupang (50 sen) dari masjid. Banyak sangat dah rasanya time tu. 

Balik surau sambung makan lagi haha... Itulah kerjanya di pagi raya :D sebelum keluar beraya, ada sesi bergambar pula. Tup-tup dah pukul 11.30 baru pakat nak keluar beraya.

The photographer vs the subjects 

Rumah wajib ziarah dan yang selalu jadi rumah pertama kami pastinya rumah sepupu-sepupu Walid; Paknjang Asri dan Paksu Syukri. Kedua-duanya anak arwah Wan Lah, the one and only saudara kandung Tok Ayah. Memang wajib bertemu setiap kali raya. Anak-anak Wan Lah pula biasanya akan mengunjungi Tok Ayah pada hari raya ke-2. Begitulah tradisinya setiap tahun.

Mee kari di rumah Paksu Syukri. 

Makan nasi minyak, laksa dan kuih muih di rumah Paknjang. 

Dari situ kami bergerak ke Siputeh. Hanya ada Tok Chik Dak yang menanti. Anak menantu beliau beraya di rumah mertua masing-masing dahulu. Terus kami minta diri dan bergerak ke rumah Tok Long Im. Malangnya rumah mereka berkunci rapat. Mungkin beraya di rumah anak-anak mereka. Terus kami balik ke rumah. 

Sejujurnya Ummi rasa lega juga sebab dapat balik awal ke rumah. Banyak urusan untuk kenduri bertunang Uda yang perlu dibereskan. 

Yang datang bertandang pun hanya keluarga Zahra dan keluarga Putri. Itu pun sebab depa tak dapat hadir majlis Uda esoknya. Ahli keluarga dan rakan-rakan rapat yang lain semuanya kami jemput untuk hadir pada keesokan harinya.

Tuang majlis. Almost done. 

There goes our first day raya. That night semua orang all out untuk setelkan persiapan kenduri Uda. Ummi pun pulun siapkan agar-agar sekaya yang Tok Umi tugaskan. Tiga adunan in a row. Hari tu buat di gombak cantik elok je hasilnya. Bila buat untuk mak mertua tak cantik pula :(

Bila di potong, lapisan santan dan agar-agar tak sekata :(
 Ini masa, Ummi try buat di gombak. Elok cantik je lapisannya. 


Redho je lah πŸ˜…

20 comments:

  1. Terimakasih infonya,.. http://bit.ly/2VV8Ioo

    ReplyDelete
  2. Mengecik sudah sampinnya ye, abang berselera sangat makan masa bulan puasa tu agaknya..hihi..
    Oh ada adik nak beetunang ye, semoga majlisnya berjalan lancar yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semuanya dah selamat kak haha...

      Delete
  3. selamat hari raya dari Aida :)

    ReplyDelete
  4. Meriahnya raya. . Tak menahan sampin mengecil tu, hahaha. Eh, kecur plak tngpk lengkong santan tu laaa

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya Aidil Fitri Puan Hazel :-)
    Alhamdulillah masih amalkan tradisi kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi hehehe barulah raya! kans...

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya puan hazel.
    Sedap nmpk agar2 tu.. Da lama x makan agar2 santan πŸ˜‹
    Sama la kita, adik bertunang time raya. Tapi kami htr rombongan. Hehe.. Kalau jd tuan rumah penat jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh sama ye...
      Alhamdulillah semuanya lancar.

      Delete
  7. Selamat Hari Raya PH,...mmg klau majlis2 kat kg akak pun agar2 santan ni macam wajib jerrπŸ˜… versi hijau bau pandan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak.
      Kena order dgn akak lah next time hihi.

      Thanks singgah beraya πŸ€—

      Delete
  8. selamat hari raya PH, seronok beraya ni bila dapat berkunjung ke rumah saudara mara. macam saya ni memang beraya dirumah saudara suami sajalah sebab sedara saya semua belah utara sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Kalau bertandang ke kedah time raya, roger ye sis. Mana tau ada rezeki boleh jumpa.

      Delete
  9. Selamat Hari Raya maaf zahir batin PH....
    Serba biru nampaknya tahun ni ....
    Untunglah ada Noxxa .....mak pakai periuk cap Angsa hahahha... nak masak pun kena beli periuk wei hahhaha..
    Cantik rumah Tok Umi warna putih,...nampak suci...

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari raya. Maaf zahir dan batin Dari mama sekeluarga.. meriah tuh

    ReplyDelete
  11. Haha, samping pula yg mengecik.. Mcm husband saya, kalau seluar dia dah sendat, mesti dia tak nak ngaku gemuk, dia ckp eh eh seluar ni tetiba pula kecik ...

    ReplyDelete