Thursday 20 June 2019

Haji ~ Kisah Nabi Ibrahim Penguat Semangat dan Pengubat Resah


Dengar berita pagi tadi, menurut Dato' Seri Zukri Samat (MD & CEO, Tabung Haji) penerbangan pertama jemaah haji tahun ni akan bermula 4 Julai 2019 bersamaan 1 Zulhijjah 1440H. Kata beliau lagi, Kursus Haji Perdana akan bermula hujung minggu ni. Tahniah kepada yang bakal menjadi tetamu Allah. 


Pastinya saat ni  para bakal tetamu Allah akan bercampur baur perasaannya; gembira, teruja, sebak, sayu semuanya menjadi satu rasa yang sukar untuk diungkapkan. Ummi dulu macam tu jugak :) seminggu sebelum berangkat, demam! Walaupun terselit rasa teruja, tapi tak dinafikan dalam hati tetap tak keruan. Memikirkan anak-anak yang bakal ditinggalkan memang rawan jadinya. Tambahan pula Kakak tetap menolak bila Ummi mula bagi susu botol. Tok pun jatuh sakit sebab risau memikirkan cucu-cucunya 😇😇😇. Tapi kita kenalah kuatkan semangat. Yakin sepenuhnya bila Allah dah jemput kita ke rumah-Nya, pasti Dia aturkan yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Mungkin juga Dia ingin menguji iman kita, samada bersediakah kita untuk meninggalkan segala kecintaan dunia demi  meraih cinta-Nya? Tepuk dada tanya iman. Haji itu sendiri sebenarnya menuntut pengorbanan yang sangat besar dari kita. 

Bagi yang masih berasa gusar, bimbang terutama dalam hal nak meninggalkan anak-anak kerana menyahut panggilan haji, ingatlah kisah Nabi Ibrahim AS. Lagi hebat ujian Baginda bila terpaksa meninggalkan anak kecil dan isteri tercinta di lembah tandus bernama 'Bakkah' (nama lain bagi Mekah). Cuba bayangkan kerisauan Baginda. Tiada manusia, tiada bekalan asas hatta air sekalipun. Apatah lagi alat komunikasi seperti kita sekarang pun tiada. Namun, kasih sayang Allah mengatasi segalanya. Ditakdirkan Nabi Ismail 'menjumpai' mata air yang dinamakan Zam Zam (berkumpul) bersandarkan perkataan yang disebut bondanya Siti Hajar tatkala mengumpulkan air tersebut. Akhirnya ditakdirkan lembah tandus tersebut menjadi singgahan dan penempatan para kafilah Arab yang berdagang melalui kawasan tersebut. Sehingga sekarang Mekah kekal menjadi kota yang Istimewa dan dambaan jutaan umat Islam seluruh dunia. 

Sorang 3 tahun, sorang 10 bulan time tu. 

Abang baru 6 tahun. Adik pula bayi pasca haji 😊

Berkenaan Kursus Haji Perdana pula, kami suami isteri dijemput ke Masjid Putra, Putrajaya untuk kursus ini. Malangnya kami tidak dapat mengikutinya kerana terikat dengan urusan lain. Kalau tak silap, tarikh yang sama kami ada kenduri sepupu dan keesokan harinya kenduri kesyukuran di rumah kami sebelum kami berangkat pulang ke kampung seminggu kemudiannya dan seterusnya berangkat ke tanah suci. Walaubagaimanapun Kursus Intensif Haji peringkat Wilayah Persekutuan sempat kami ikuti. Alhamdulillah urusan haji kami dipermudahkan Allah dari sebelum, semasa dan selepas haji. Moga ianya menjadi haji yang mabrur buat kami suami isteri. 

Ummi kongsikan semula link tentang keperluan haji yang boleh di jadikan panduan. Tengok lah kesesuaiannya. Mana yang rasa nak bawa, bawa. Taknak takpe hihi... Ummi pun pergi haji 5 tahun lepas, pastinya banyak perubahan dari segala segi. 


Happy reading 🤗


4 comments:

  1. Sama ada bersedia atau tidak, kena hadapi juga kan. Setiap yg Allah dah aturkan itu, ada jalan kemudahannya.
    Beruntung puan hazel da pegi haji muda2. Semoga menjadi haji yg mabrur dan dipelihara sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul ira. Kita kena persiapkan diri. Insha Allah semuanya dipermudahkan.

      Delete
  2. alhamdulillah, bestnya da pergi haji...moga ada rezeki untuk ke sana nanti...ameen

    ReplyDelete
  3. Aamiin ada rezeki Sunah nanti. Akak doakan semua orang Islam dapat pergi haji. Best sangat!

    ReplyDelete