Wednesday, 5 June 2024

Gangguan Bekalan Air 5-7.6.2024


Untuk ke sekian kalinya terpilih lagi dalam senarai kawasan yang alami gangguan bekalan air. Mula tu tengok macam tak termasuk dalam senarai tapi rupanya kena lagi 😅

Since notisnya awal, bolehlah bersedia dari segala segi :) 

Kelmarin seharian Ummi bersilat di dapur. 

Elok anak² gi sekolah, terus 'membawang' :p Selesai membawang, vakum rumah. Ingatkan nak mop sekali, tengok² baldi mop pun Walid dah buat tempat simpan air 😅

Pukul 10.30 pula keluar beli lauk. Balik siang ikan sayur segala bagai, dapat 2 menu sebelum berhenti solat Zohor dan lunch

Lunch simple sambil² prep bahan utk stok 3 hari; ikan rebus goreng, bayam rebus, sambal belacan dan sambal kentang sikit. Nikmat tak terhingga bila dapat makan simple gini. 

Sambal kentang dan sambal telur puyuh siap! 
Lepas Zohor sambung masak lagi... Dapat lagi 2 menu; Asam Pedas Ikan Tenggiri dan Kari Telur 👇

Asalnya nak buat masak kurma, sekali serbuk kurma takde daaaa... Kari pun kari lah. Lauk² ni semua untuk stok sepanjang 3 hari takde air ni la. 

Lepas Asar, sambung lagi masak untuk dinner dan satu lagi menu utk frozen; Ayam Masak Lemak. 

Sambil² tu tadah air juga untuk kegunaan 3 hari ni....

Asalkan boleh simpan air; jug, periuk, bekas plastik semua Ummi guna. Ummi fokus untuk kegunaan dapur je, yang lain² Walid lah kisahkan. Habis segala mak nenek baldi, tong semua dikeluarkan 😆 

Lunch cara takde air; Wrap Tampal je. 

Alhamdulillah walaupun pukul 9 pg (5.6) katanya bekalan air ditutup, air sinki kami masih ada walaupun perlahan je. Rumah Mak Bee bekalan air stopped terus pukul 9 pg tu. Alhamdulillah rezeki rumah kamilah tu... Pukul 8.30 mlm gitu baru betul² takde air. Tapi alhamdulillah air di bilik air masih ada, wpun sebesaq kelingking ja :D Bangun pagi ni (6.6) alhamdulillah ayaq mai dah. 

Syukur. 

Tuesday, 4 June 2024

Cuti Bday YDPA Agong

Rezeki tahun ni cuti umum  jatuh pada hari Isnin, ber

Ahad 2.6 sepatutnya habis cuti penggal sekolah kali ni tapi disebabkan Isnin cuti umum sempena Hari Keputeraan YDPA Agong, sambunglah cuti sehari lagi. 

Ummi masak Nasi Lemak Bunga Telang. Ummi baru tahu bunganya boleh dimakan, jadi kali ni Ummi masukkan sekali bunganya dalam nasi, bukan rendam ambil airnya yang berwarna biru tu saja. Malah, ada juga saudara Ummi makan gitu je bunga ni, awet muda katanya :D 

Cantik warnanya 💙

Sambil² tu Ummi buat pewangi rumah. Katanya boleh jadikan rumah harum...

Guna air mawar dan daun pandan. 
Wangi ke? Wangi memang wangi tapi tidaklah memenuhi ruang. Kena datang dekat hidup baunya baru wangi. Tak cuba tak tahukan? 

Hari yang sama juga Walid bawa repair spec Ummi. Samsia Opto buka rupanya hari cuti umum ni. Ganti yang bahagian bertanda tu, dah pecah yang asalnya. 5 ringgit je...

Lepas Zohor siap sedia hantar anak² balik asrama. Sebelum tu singgah dulu Prima. Sorang nak beli lampu suluh, sorang nak pegi Tealive. 

Layan je la kan...

Belum hilang kelibat anak soleh ni, Ummi dah start rindu 🥹 Rasa macam nak kejar pergi peluk haha... 

Belajar rajin² ye Abang Angah, jumpa minggu depan إن شاء الله 






Dyslexia Cafe, Taman Selaseh Batu Caves

Ummi ajak Walid keluar minum petang kelmarin. Upah anak⁴ tolong bersihkan 'kebun' dan rumah bersekalilah dengan sesi makan² sebelum Abang Angah balik ke asrama. 

Kafe ni diusahakan oleh seorang anak muda yang juga menghidap dyslexia. Walid yang perasan kafe ni, few weeks ago. Tunggu semua ada, baru seronok nak cafe hunting. 

Credit: NST (bole baca kisahnya di link ni) 
Cuma tak pasti cafe di Bangi masih beroperasi atau tidak. Kelmarin tu nampak En Amer ni di kafenya yang di Batu Caves ni. Dari DUKE nak ke Karak/Sri Gombak tu sebelah kiri, selepas gerbang dan Raudhatul Sakinah. Sebelah je dengan Pak Uda Kitchen. 

Cantik dan bersih kafenya. Selesa pun selesa untuk makan santai². 

Pelbagai jenis kek. 

Soft cookies tengah 'in' sekarang kan... Ummi belum pernah try

Aiskrim pun banyak pilihan. 

Pilihan kami; 

Buttermilk Chicken RM14.00 (2 set Adik & Angah)
Kata nak minum petang, depa pilih nasi jugak :D 

Cheezy Fries (RM10.00)

Fries biasa (RM9.00)

Dry Wantan Noodles (RM14.00)

Bandung Soda ni sedap. Just nice rasa dia, tak manis sangat. 

Kakak sedang menikmati makanan dengan kusyuknya 🤭
Jaket Ummi masa dekat U dulu, tup² dah jadi hal milik dia. 

Walid pilih Hot Kopi Cham. Katanya gabungan kopi + tea. Tak sempat rasa, dah licin 🤭

Alhamdulillah makaanan semuanya sedap, portion juga memuaskan, staff very helpful dan serving time juga cepat. Dari segi harga, berbaloi dengan apa yang disajikan. Keep it up! 

Abang, Kakak dan Adik ambil aiskrim juga. 

Ada rezeki kita datang lagi, Insha Allah. Boleh try set nasi pula. 

Alamat pada resit ye 👆 


Update: Info terbaru cafe di Bangi sudah setahun ditutup. Kini perniagaan beliau tertumpu di Batu Caves ni. 
Sumber: Sinar Harian





Monday, 3 June 2024

Sup Tulang Tumis Darat

Pagi Ahad semalam ada cerita kelakar sikit... Sampai dekat tuition center Kakak, belum dibuka. Confident Ummi tanya dlm group tuition "Ustazah belum sampai ke?" Lalu dijawab oleh Mama Nurin (Nurin sama kelas juga), "Hari ni takde kelas Kak
😂😂😂

Rupanya ramai tak perasan semalam takde kelas, sebab jadual kelas tu Ustazah share mid May hari tu. Adalah 3 orang lagi pelajar yang dah sampai juga. 

So terus ajak Kakak teman pergi Pasar Pagi Greenwood. Beli ayam, tulang dan sayur. 

Balik rumah Ummi bersihkan tulang dan rebus dalam PC, 15 minit je guna Phillips PC ni. Rebus bersama lengkuas dan halia. 

Then baru transfer ke dalam periuk biasa. Masukkan pula serai, bawang putih dan halia lagi serta air secukupnya. Bila dah mendidih Ummi tambah kentang dan perasakan dengan garam. Sementara kentang empuk, Ummi tumis bawang merah, bawang putih dan 4 sekawan dalam kuali lain. Tumis hingga bawang sedikit garing, tutup api dan tuangkan bahan tumis ke dalam sup tulang tadi. Gaul sebati dan tutup api sup. Siap. 


Alhamdulillah sedap kejadiannya. Jangan lupa, sediakan juga 'cabai kicap'. Hiris cili padi, cili merah, bawang merah dan masukkan kicap secukupnya. Perahkan limau nipis/kasturi dan gaul sebati. Nak sedap, pecah²kan cili tu... 

Sementara Ummi masak tu, anak² soleh dan Walid bersihkan 'kebun' Ummi...

Angah tu tak berapa sihat, penat kot teman Abang dekat hospital  tapi Ummi suruh dia keluarkan peluh juga. Terperuk dalam bilik berhawa dingin 2 malam tu, elok juga bagi kena cahaya matahari pulak. 

Pokok kaduk arwah Tok tanam dulu dah jadi semak samun. Buang pokok tu dan snake plant  (pokok lidah mertua/lidah Jin) yang dah merimba juga. Ni baru separuh, ada separuh ruang lagi perlu dibersihkan. Abang kata tunggu cuti bulan 9 pulak Ummi haha ... Elok pokok² tu membiak semula la 😆

Tq boys ♥️


Sunday, 2 June 2024

Abang Warded 3H2M

Berwarna-warni cuti sekolah kali ni ☺️

Pagi Khamis Abang Angah ke kelas Intensif Hafazan, petangnya Abang admitted dekat KPJ Ampang Puteri, asbab eczema. Abang ni eczema dia on off. Kejap elok kejap menggerutu satu badan. Kalau cuaca panas memang boleh trigger eczema dia. Ikutkan eczema ni banyak pantang larang tapi itulah dia pun duduk asrama, tak boleh nak berpantang sangat pun. Dengan persekitaran asrama lagi, pasrah je la Abang kan...

Masa dia kecik dulu bolehlah Ummi pantau food intake dia. Susu pun beli susu soya based; jenama Isomil. Mahallah susu tu haha ...  Sabun mandi pun yang hypoallergenic, bukan sabun biasa. Lepas tu 2 tahun jugalah Ummi pantang makan seafood sebab Ummi bf diaTapi bila dah makin besar makin hilang pantangnya 😅 Tapi syukur Abang hadapi eczema dia dengan kuat dan tabah. Tak pernah komplen pun, cuma kita yang rimas tengok dia tergaru² bila time gatal tu. 

After regi, dapat gelang. Abang rilek je dia. 
Dekat tangan tu dah improve banyak since jumpa Dr NA dekat sini. Yang teruk sekarang ni dekat kaki :( 

Cantik KPJ Ampang Puteri sekarang ni... 
Ummi jarang datang ke sini. Pernah jumpa gynea sekali di sini, dan ziarah KJ bersalinkan Usop 16 years ago

Nurse masukkan ubat. 

First night ni dapat bilik double, share dengan seorang pesakit demam denggi. Masing² dapat 1 TV :D 👇 Kami request juga bilik single, senang sikit nak teman/lawat Abang. Hari pertama ni bilik single full

Catik toiletries bag yang diberi. Selain toiletries dalam tu ada towel muka. 

Boleh order food directly dari cafe hospital. Apalagi, cubalah Nasi Goreng Cili Padi. Pedas berdengung 🤭 

Dinner untuk Abang. 


Peneman Abang. 
Since bilik ni berkongsi jadi Angahlah teman Abang. Walid pun balik sebab esoknya kerja. Alhamdulillah Abang pun baik² saja. 

Sejak tengah malam Abang kena puasa sebab nak ambik darah. Pagi tu Walid singgah hospital dulu tengok Abang. Alhamdulillah semua okay. 

Atas lunch Abang, bawah makanan Angah. Pakat boring, minta izin nurse turun beli food di kafe. Pandai depa dua berdikari :D 

Petang tu dapat pindah bilik single alhamdulillah. 

Ada peti ais mini. Macam hotel :) 
Katil yang Abang guna tu disorong sekali ke bilik ni. Baguslah tak perlu kemas katil dan tukar bedsheet dsbnya. Discharge besok² baru diganti agaknya untuk kegunaan new patient

Alhamdulillah keesokan paginya Abang dah boleh discharge. Kena continue ubat sapu dan ubat makan di rumah/asrama. Lagi sebulan jumpa Doc semula. 

Semoga diberi kesembuhan untuk Abang 🤲




 

Program Let's Color the Future

Abang² Ummi hantar ke program Intensif Hafazan, Kakak pula ke program Let's Color the Future ni 👆

Kulliyyah Engineering UIA. 

Macam² aktiviti yang diadakan; sketsa, presentation dll . Kakak seronok dan excited nak join sebab geng dia joined sekali. Program ni percuma tapi disediakan makan dan minum untuk para peserta. 


Ada 2-3 orang yang dah pernah join aktiviti anjuran Kelab Sendi UIA ni. Katanya kerap juga KS adakan program² begini. Bolehlah join lagi kan... 

Saturday, 1 June 2024

Program Intensif Hafazan @ Masjid

Jalan², cuti² dan makan² dah jadi kita isi juga masa cuti dengan aktiviti hafazan supaya bila buka sekolah nanti tidaklah terkial² nak menghafal semula. 


Kali ni Program Intensif Hafazan ni 3 hari saja; Selasa - Khamis. Selalunya Isnin-Jumaat. Bayaran RM50 seorang. Program ni terbuka untuk kpd pelajar² aliran tahfiz. Angah dapat kawan dari pelajar SMKA Maahad Muar selain jumpa balik dengan kawan SRAI dia yang skrg belajar di MITS Pandan. 

Jadual kelas. 


Alhamdulillah Abang dapat hafal 6 m/surat dan Angah pun laju juga, dapat 5 m/surat. Abang tengah pulun nak habiskan hafazan masa Form 4 ni sebab naik F5 dia nak fokus sepenuhnya kpd SPM. Ada lagi 3-4 juzuk Insha Allah. 

Semoga dipermudahkan buat anak² Ummi dan semua anak² yang sedang menuntut ilmu 🤲