Monday, 12 March 2012

Dirang - Peringatan untuk Kita Semua


Kali pertama membaca berita kehilangan Dirang hati saya berdetik. Berita kehilangan kanak-kanak seperti Yin dan arwah Nurin (yang saya masih ingat) juga bermula dengan berita kecil. Namun, di hati saya terus berdoa dan berharap agar Dirang selamat dan akan kembali ke pangkuan keluarganya. Saya yakin seluruh rakyat mengharapkan Dirang selamat. Saya mengikuti rapat perkembangan kes ini. Ia terlalu dekat di hati kerana saya juga seorang ibu, punya dua anak kecil. Dirang hanya setahun lebih tua dari Abang. 

Suatu pagi saya terbangun lewat, saya dapati Opal tiada di sisi. Saya sangat panik, kerana ketika saya celik mata sewaktu azan Subuh saya dengar hubby yang ingin ke surau melambai pada Opal. Entah kenapa mata saya terpejam kembali sedangkan Opal sudah bangun dari tidurnya. Sebaik terjaga, saya melompat turun ke katil, terus ke bilik air. Alhamdulillah, dia tiada di situ. Saya bersyukur kerana saya menyangka yang buruk berlaku pada anak kecil saya. Saya meluru ke pintu, sangka saya dia di bilik sebelah, juga tiada. Turun ke tingkat bawah, saya ternampak Ummi. Tapi kelibat Opal tiada. Aduh, saya hilang akal. Dalam keadaan kusut masai bangun dari tidur (semestinya rupa yang saya tidak sesekali ingin ibu mertua saya lihat) saya menjadi amat panik sambil berdoa dalam hati agar pertanyaan yang bakal saya ajukan pada Ummi adalah mendapat jawapan yang melegakan. Ummi, nampak Opal? Ada nie, dalam bilik Ummi. Aduh sayang.. rupanya hubby bawak dia ke bawah untuk bersama Tok Umminya.

Berbalik kepada kisah Dirang, mulanya saya rasa agak marah dengan ibunya kerana membiarkan Dirang berseorangan ke kedai. Tapi itu hanyalah sebab, ini takdir untuk Dirang. Ujian bagi keluarganya dan peringatan untuk kita semua khususnya ibu bapa. Sebagai ibu, saya yakin ibu Dirang tidak akan melepaskan anaknya keseorangan sekiranya dia tidak yakin dengan keselamatan persekitaran rumahnya. Ibulah insan yang sanggup berkorban apa saja untuk anaknya hatta nyawa sekalipun. Mungkin beliau khilaf di situ, tetapi maafkanlah beliau. Bak kata  teman-teman di FB:-

" i think the mom has suffered enough without the whole Malaysia blaming her (although her actions caused it).. no mother should lose her child that way..she will definitely regret her actions for the rest of her life and will suffer from for years to come especially with the public blaming her.."

"x usah diungkit lg kesalahan ibunya....berat mata memandang berat lg bahu yg memikul....kita sbg manusia biasa ni pon kdg2 alpa ngn tugas kita sbg ibu bapa...aku sendiri admit kdg2 anak terlepas dr pandangan mata.....lg2 ibu yg bekerja sepenuh masa n anak brape jam sgt la ade dpn mata....ape yg berlaku kita jadikan iktibar...ape2 pon semoga siapa yg melakukannya menerima balasan yg setimpal...tdk di sini....tunggula di sana.....Al-Fatihah buat arwah...."

"Sudah2 la kite menyalahkan parents arwah Dirang tu.. mereka pun manusia jugak mcm kita yang pasti alpa dan lalai.. mungkin mmg salah mereka tapi mereka sudah cukup terseksa dgn apa yg terjadi and pasti menyesal seumur hidup.. lagi2 anak meninggal cara yg cukup terseksa dan kejam.. jadikan ini sbg pengajaran..." 

Saya dan rakan-rakan saya di atas tidak langsung mengenali ibu Dirang tapi sebagai ibu kami amat memahami apa yang di lalui oleh ibu Dirang. Tanya pada diri sendiri, mungkin kita sendiri pernah membiarkan anak2 kita sendirian seperti mandi sendirian di dalam bilik air, berlari-lari di depan rumah berseorangan sedang kita di dalam rumah membaca akhbar dan pelbagai lagi. Kemalangan / musibah boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Bila mendapat tahu adik Wan Hazim (seorang lagi kanak-kanak yang hilang di depan rumahnya selang beberapa hari selepas Dirang hilang) selamat di temui, saya terus memanjat syukur. Saya berdoa agar Dirang juga kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat dan saya pasti seluruh warga prihatin mengharapkan happy ending untuk Dirang dan keluarganya. 

Namun, Allah lebih menyayangi Dirang. Semoga kes ini menjadi iktibar untuk kita semua. Didoakan keluarga Dirang tabah dengan dugaan ini, semoga Allah merahmati kita semua.


Sunday, 11 March 2012

Nizomul Hayah (Peraturan Hidup)


Dalam slot Liga Ilmu siaran Astro Oasis yang disiarkan Sabtu lepas, saya sempat memetik sedikit panduan yang diberikan oleh salah seorang panel forum tersebut.

Menurut Ustaz S (saya lupa nama Ustaz nie, tapi beliau selalu muncul di TV9 dalam slot Tanyalah Ustaz), dalam Islam ada lima hukum yang perlu kita jaga, jadikan sebagai peraturan hidup kita:-

1. Wajib - perbaiki (bukan sekadar buat, tapi kena perbaiki spt solat, puasa, etc yang wajib atas kita)
2. Sunat - perbanyakkan (sedekah, solat sunat, puasa sunat etc)
3. Harus - kurangkan (makan minum, gelak ketawas etc)
4. Makruh - tinggalkan (apa saja yang makruh, usah langsung kita perbuat)
5. Haram - jauhi (bukan setakat kena tinggalkan perkara2 haram ni, tapi jauhkan sebab kalau kita dekati, mungkin menjerumuskan kita kedalam perkara tersebut, jadi jauhkan diri dari perkara tersebut spt zina etc)

Insha Allah, semoga bermanfaat.

Thursday, 8 March 2012

Restoran Periok Besar

Memandangkan hari ini saya kekeringan idea, saya hanya mampu buat entry bergambar. Apapun, selamat menjamu mata! 
Restoran Periok terletak di Sungai Buloh, belakang The Store (dulu Pasaraya Hiong Kong). Bukit Rahman Putra rasanya lebih tepat. Dibuka setiap hari kecuali Jumaat, siang hingga malam.
Juga dikenali sebagai restoran periuk besar, kerana periuk2 lauk dan nasi memang besar-besar belaka..:)
Nasi Beriani Gam Kambing RM13.90 per set.
Nasi Beriani Gam Ayam Berempah RM9.90 per set
Sirap Bandung Periok & Nescafe Ais Periok. Please don't miss the sirap bandung, it is soooooooooooo osem!
Observation:-
1. Food - excellent, memang marveles
2. kebersihan - A (ikut papan tanda majlis perbandaran)
3. servis - excellent
4. Toilet - bersih
5. Ambiance - tenang & less sesak

Till then....

Wednesday, 7 March 2012

Selamat Hari Wanita

Image courtesy to Mr Google
Saya sempat membelek The Star hari ini. Rupanya hari ini adalah Women' Day...:) Sebagai menghargai wanita, for the next 10 days akan menyiarkan jawapan-jawapan dari wanita-wanita yang terpilih. It's not a contest k.
Woman, as we also know always give priority, always sacrifice etc. So this time The Star want women to think of themselves first. Anda hanya perlu jawab soalan-soalan berikut dan email kan pada The Star (star.women@thestart.com.my):-

1. What makes me you happy?
2. What is most important to you now?
3. What was most important to you 10 years ago?
4. What is on top of your bucket (wish) list?
5. I want...

Sertakan sekali nama penuh, no IC & telefon.

And my spontaneous answers are:-
1. Family
2. Family
3. Career - masa tu belum graduate so terfikir nak habiskan study and get job to help my family (again, family comes first)
4. become a full time house wife so that i can raise my kids on my own
5. books, books and books .. and a part time biz so that i can be at home with my kind

Tengok, semua pasal family kan.. nak buat macam mana, memang saya macam tu. Family is everything to me except Allah. And I am so thankful to Him for granting me with my beloved family. Another thing that I wish that I could keep at best is health. This is often neglected by many.. So, women Happy Women's Day. You are special, not only today but every day!

Taklimat Takaful cum Makan2

En S adalah agen Takaful rasmi CERT...:) Hari ni beliau bermurah hati menaja makan tengahari kami semua. So as a return we bought him a cake for his birthday. Surprise! but he seems not surprised at all.. hahahaha..

Sungguh menyelerakan. Kak Salmi the caterer never disappoint us
Ada produk baru yang diperkenalkan oleh En S - MAA Takafulink Hajj. Tabungan Takaful untuk haji but at the same time ada coverage (manfaat). Malas nak citer panjang, boleh layari website MAA Takaful for more info, or contact En S. Camne nak contact beliau? Drop me an email and i'll give him his contact.

Monday, 5 March 2012

TQ CERT


Atas permintaan ramai, terpaksalah upload jugak gambar bday kek tempohari. Ikutkan nak low profile je.. maklumlah dah tua-tua pun potong kek lagi.. But i'm not that old ok, baru 3 series...:) 


Sudah menjadi tradisi syarikat, acara potong kek (bday bash) akan diadakan secara berkala. Tradisinya, masing-masing menyumbang duit untuk beli kek & makan-makan. The menu for that dah was sate melaka (iklan: kedai terletak di Keramat - selepas Taman Permata UK). Then we have karipap, sponsored by ARM Services. Tq Man. 

Thursday, 1 March 2012

Beruntungnya Menjadi Wanita

Jumuah mubarakah! Saya tertarik untuk berkongsi input di atas yang saya dapat dari FB seorang rakan.  Semoga dapat dijadikan motivasi seandainya terasa 'down', terutama dalam menangani tekanan melayan karenah anak-anak dan suami. Sessungguhnya amat bertuah saya dilahirkan sebagai wanita. Shukran ya Ilahi