Monday, 31 August 2026

Food Hunting Edisi Merdeka ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2026! 
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 

Acara wajib pagi hari Merdeka semestinya menonton perarakan. 

Abang pun tengok perarakan juga ๐Ÿ˜
Dah diasuh sejak kecil hihi... 

Sempena hari istimewa ni, banyak promosi yang ditawarkan terutama bahagian F&B. Kali ni Ummi dan Angah plan awal nak grab promo Merdeka. Ada geng ni seronok sikit nak rebut peluang begini. Cuma, kawasan terjahan kami di sekitar jajahan Sri Gombak sahajalah. Malas nak keluar jauh². Di SG ni pun dah ada macam² kedai. Kedai Eco je takde. Eh ๐Ÿ˜…

Mula-mula kami ke Ayam Gepuk Top Global, di Urban 360. 
Set Merdeka yang ditawarkan oleh AGTP RM 19.57 untuk 2 set nasi ayam gepuk bersama 2 gelas air sirap. Mula tu tak dapat tangkap kenapa RM 19.57. Lambat pulak loading cuti-cuti ni ๐Ÿคญ

Sedap ye AGTG ni....
Nanti boleh dine in di sini. 
First time datang sini wpun selalu lalu je depan Urban 360 ni. 

Second stop, CU. 
Nampak menarik juga promonya tapi bila nak order yang kami berminat tu, rupanya item yang ada dirak (ready to eat). Ingatkan makanan yang kena order dekat kaunter. Jadi, beli watermelon milkshake je, RM9.99. 

Posing sebelah Kak Mira Filzah nampak :p
Ni singgahan ketiga, nak grab Buy 2 Free 1 offer. 

Choc Indulgence (wajib la beli kan kalau masuk SR), New York cheesecake dan Triple Hokkaido Choc Cake. Total spent RM 27.00 untuk 3 slices of SR cake. 

Marrybrown pulak. 
Offer menarik juga. Menu wajib beli set nasi lemak (RM15.99) dan untuk second item baru boleh pilih antara nasi ayam, nasi kandar, bubur ayam atau bubur pedas. Harga second item ni hanya RM6.90, represents 69 tahun kemerdekaan negara kita. 

Kami pilih nasi kandar untuk second item tu. Nasi lemak takde telur rebus, nasi kandar ada telur rebus sebiji. Keduanya dihidangkan bersama papadom. Kuah kari nasi kandar tu not bad rasanya. Tapi rasanya mild la bukan pekat macam kari mamak. 

Ingatkan air termasuk sekali dalam set ni tapi bila tengok resit air caj RM1/cup. Sepatutnya satu pink lychee, satu lemonade tapi dapat pink lychee dua-dua. Ummi pun tak check sebab tadi agak ramai pelanggan yang nak grab offer ni. Dekat SR pun sama, ada 2-3 pelanggan yang grabbed offer ๐Ÿ‘†๐Ÿป
Tapi okay je dapat air pink lychee dua-dua pun, sebab sedap. 

Lastly, kami singgah di Kopi Saigon. Angah excited nak beli kopi di sini. Itupun dia risau takut tak sempat grab offer RM 6.90 ni sebab offer ni limited untuk 100 orang terawal je, di setiap outlet Kopi Saigon. Alhamdulillah ada rezeki Angah. Senyum lebar dia :) 

Alhamdulillah mission accomplished. 
Tq Walid layan misi Ummi dan Angah kali ni ๐Ÿ˜

Semoga negara kita terus makmur, harmoni dan dirahmat Allah SWT selalu hendaknya ๐Ÿคฒ๐Ÿป 





28 comments:

  1. Lain macam sambutan merdeka nya.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Haha hamboi² kemain dia grab promo.merdeka ye arini haha aisey kita terlupa plak pasal promo² ni... mmg dok pk nak makan apa.. bosan tadi dok lepak²...kalau tau tadi mmg akan terjah mana² promo... aishh rugi²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh kejap..kenapa masa kat komen tu pukul 5 pagi eh? Hahah padahal dok komen ni dah pukul 9.malam ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

      Delete
    2. Time setting blog ni lari Ako. Nak fix pun tak reti, kita bior je la ๐Ÿ˜†

      Delete
    3. Sri Gombak ni kan kita punya sebab ramai balik kampung. Itu yg rajin ke sana sini hunting promo Merdeka ni. Tak jammed khannnnn:)

      Delete
  3. Selamat Hari Merdeka. Moga negara kuta terus aman makmur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka Kak Amie!
      Aamin aamin ๐Ÿคฒ๐Ÿป

      Delete
  4. Terlupa nak grab promo merdeka ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu Cie advanced dari Akk hehe ... Takpe tunggu Hari Malaysia nanti, biasa ada juga promo

      Delete
  5. slmt hari merdeka
    wahh mcm2 grab
    ada promo rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka Cik Nur!
      Macam² promo. Cik Nur...
      Hari Malaysia nanti pun biasa ada juga.

      Delete
  6. Waaah banyaaaak promo saat hari merdeka yaaa. ๐Ÿ˜„. Kemarin tuh di sini juga ada beberapa promo , tp karena saya malas nak keluar saja ๐Ÿ˜…. Akhirnya tak ada yg di grab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni Akk rajin hihi... Byk grabbed promo :)

      Delete
  7. Selamat Menyambut hari kebangsaan PH...wah..banyak betul membeli sempena Merdeka ni..SA dan Dania lepak aje kat rumah..kepenatan balik dari Melaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Kebangsaan SA!
      Tak kemana, jadi habiskan masa dekat area SG ni je, hunting Merdeka promo. Tak jammed ke SA pergi balik Melaka tu?

      Delete
  8. Wahhh..Seronoknya rebut merdeka promo =D

    ReplyDelete
  9. Banyak juga merdeka promo ni ya.....

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Kemerdekaan malaysia ..
    Banyak kan PH sana sini ada prmo merdeka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka sis!
      Ye, banyak promo Merdeka. Kita grabbed mana yg menarik

      Delete
  11. Not too late to wish Selamat Hari Merdeka! So what do we do? Makan lah LOL! I Grabfood ayam gepuk from Ayam Gepuk Artisan. Wah! Sedap! I used to watch the Merdake parade when I was a kid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We Malaysians and food berpisah tiada ๐Ÿ˜†
      What a coincidence! I ate ayam gepuk also hehe

      Delete
  12. mcm2 menu sempena merdeka...sempat or tk je nk grab kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi dah set awal, senang tuju yg mana hendak dibeli je.

      Delete
  13. Seronoknya food hunting.. Nak cuba lah next year kalau ada lagi..

    ReplyDelete
  14. Hari tu akak grab promo ayam Bakers Cottage RM17++. Rasa cam sepanjang bulan Ogos.
    Gigi Coffee ada 30% off semua minuman sehingga 16 Sep.

    ReplyDelete