Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2026!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
๐ฒ๐พ ๐ฒ๐พ ๐ฒ๐พ
Dah diasuh sejak kecil hihi...
Sempena hari istimewa ni, banyak promosi yang ditawarkan terutama bahagian F&B. Kali ni Ummi dan Angah plan awal nak grab promo Merdeka. Ada geng ni seronok sikit nak rebut peluang begini. Cuma, kawasan terjahan kami di sekitar jajahan Sri Gombak sahajalah. Malas nak keluar jauh². Di SG ni pun dah ada macam² kedai. Kedai Eco je takde. Eh ๐
Set Merdeka yang ditawarkan oleh AGTP RM 19.57 untuk 2 set nasi ayam gepuk bersama 2 gelas air sirap. Mula tu tak dapat tangkap kenapa RM 19.57. Lambat pulak loading cuti-cuti ni ๐คญ
Nanti boleh dine in di sini.
First time datang sini wpun selalu lalu je depan Urban 360 ni.
Nampak menarik juga promonya tapi bila nak order yang kami berminat tu, rupanya item yang ada dirak (ready to eat). Ingatkan makanan yang kena order dekat kaunter. Jadi, beli watermelon milkshake je, RM9.99.
Ni singgahan ketiga, nak grab Buy 2 Free 1 offer.
Choc Indulgence (wajib la beli kan kalau masuk SR), New York cheesecake dan Triple Hokkaido Choc Cake. Total spent RM 27.00 untuk 3 slices of SR cake.
Offer menarik juga. Menu wajib beli set nasi lemak (RM15.99) dan untuk second item baru boleh pilih antara nasi ayam, nasi kandar, bubur ayam atau bubur pedas. Harga second item ni hanya RM6.90, represents 69 tahun kemerdekaan negara kita.
Kami pilih nasi kandar untuk second item tu. Nasi lemak takde telur rebus, nasi kandar ada telur rebus sebiji. Keduanya dihidangkan bersama papadom. Kuah kari nasi kandar tu not bad rasanya. Tapi rasanya mild la bukan pekat macam kari mamak.
Ingatkan air termasuk sekali dalam set ni tapi bila tengok resit air caj RM1/cup. Sepatutnya satu pink lychee, satu lemonade tapi dapat pink lychee dua-dua. Ummi pun tak check sebab tadi agak ramai pelanggan yang nak grab offer ni. Dekat SR pun sama, ada 2-3 pelanggan yang grabbed offer ๐๐ป
Tapi okay je dapat air pink lychee dua-dua pun, sebab sedap.
Lastly, kami singgah di Kopi Saigon. Angah excited nak beli kopi di sini. Itupun dia risau takut tak sempat grab offer RM 6.90 ni sebab offer ni limited untuk 100 orang terawal je, di setiap outlet Kopi Saigon. Alhamdulillah ada rezeki Angah. Senyum lebar dia :)
Alhamdulillah mission accomplished.
Tq Walid layan misi Ummi dan Angah kali ni ๐
Semoga negara kita terus makmur, harmoni dan dirahmat Allah SWT selalu hendaknya ๐คฒ๐ป
Lain macam sambutan merdeka nya.. hihihi
ReplyDeleteSetahun sekali Linda hihi ๐
DeleteHaha hamboi² kemain dia grab promo.merdeka ye arini haha aisey kita terlupa plak pasal promo² ni... mmg dok pk nak makan apa.. bosan tadi dok lepak²...kalau tau tadi mmg akan terjah mana² promo... aishh rugi²
ReplyDeleteEh kejap..kenapa masa kat komen tu pukul 5 pagi eh? Hahah padahal dok komen ni dah pukul 9.malam ๐ ๐
DeleteTime setting blog ni lari Ako. Nak fix pun tak reti, kita bior je la ๐
DeleteSri Gombak ni kan kita punya sebab ramai balik kampung. Itu yg rajin ke sana sini hunting promo Merdeka ni. Tak jammed khannnnn:)
DeleteSelamat Hari Merdeka. Moga negara kuta terus aman makmur.
ReplyDeleteSelamat Hari Merdeka Kak Amie!
DeleteAamin aamin ๐คฒ๐ป
Terlupa nak grab promo merdeka ni.
ReplyDeleteSelalu Cie advanced dari Akk hehe ... Takpe tunggu Hari Malaysia nanti, biasa ada juga promo
Deleteslmt hari merdeka
ReplyDeletewahh mcm2 grab
ada promo rupanya
Selamat Hari Merdeka Cik Nur!
DeleteMacam² promo. Cik Nur...
Hari Malaysia nanti pun biasa ada juga.
Waaah banyaaaak promo saat hari merdeka yaaa. ๐. Kemarin tuh di sini juga ada beberapa promo , tp karena saya malas nak keluar saja ๐ . Akhirnya tak ada yg di grab
ReplyDeleteTahun ni Akk rajin hihi... Byk grabbed promo :)
DeleteSelamat Menyambut hari kebangsaan PH...wah..banyak betul membeli sempena Merdeka ni..SA dan Dania lepak aje kat rumah..kepenatan balik dari Melaka..
ReplyDeleteSelamat Hari Kebangsaan SA!
DeleteTak kemana, jadi habiskan masa dekat area SG ni je, hunting Merdeka promo. Tak jammed ke SA pergi balik Melaka tu?
Wahhh..Seronoknya rebut merdeka promo =D
ReplyDeleteSetahun sekali hehe :D
DeleteBanyak juga merdeka promo ni ya.....
ReplyDeleteBanyak Ezna, tinggal nak pilih je ๐
DeleteSelamat Hari Kemerdekaan malaysia ..
ReplyDeleteBanyak kan PH sana sini ada prmo merdeka..
Selamat Hari Merdeka sis!
DeleteYe, banyak promo Merdeka. Kita grabbed mana yg menarik
Not too late to wish Selamat Hari Merdeka! So what do we do? Makan lah LOL! I Grabfood ayam gepuk from Ayam Gepuk Artisan. Wah! Sedap! I used to watch the Merdake parade when I was a kid.
ReplyDeleteWe Malaysians and food berpisah tiada ๐
DeleteWhat a coincidence! I ate ayam gepuk also hehe
mcm2 menu sempena merdeka...sempat or tk je nk grab kn
ReplyDeleteBetul. Tapi dah set awal, senang tuju yg mana hendak dibeli je.
DeleteSeronoknya food hunting.. Nak cuba lah next year kalau ada lagi..
ReplyDeleteHari tu akak grab promo ayam Bakers Cottage RM17++. Rasa cam sepanjang bulan Ogos.
ReplyDeleteGigi Coffee ada 30% off semua minuman sehingga 16 Sep.