Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2026!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
π²πΎ π²πΎ π²πΎ
Dah diasuh sejak kecil hihi...
Sempena hari istimewa ni, banyak promosi yang ditawarkan terutama bahagian F&B. Kali ni Ummi dan Angah plan awal nak grab promo Merdeka. Ada geng ni seronok sikit nak rebut peluang begini. Cuma, kawasan terjahan kami di sekitar jajahan Sri Gombak sahajalah. Malas nak keluar jauh². Di SG ni pun dah ada macam² kedai. Kedai Eco je takde. Eh π
Set Merdeka yang ditawarkan oleh AGTP RM 19.57 untuk 2 set nasi ayam gepuk bersama 2 gelas air sirap. Mula tu tak dapat tangkap kenapa RM 19.57. Lambat pulak loading cuti-cuti ni π€
Nanti boleh dine in di sini.
First time datang sini wpun selalu lalu je depan Urban 360 ni.
Nampak menarik juga promonya tapi bila nak order yang kami berminat tu, rupanya item yang ada dirak (ready to eat). Ingatkan makanan yang kena order dekat kaunter. Jadi, beli watermelon milkshake je, RM9.99.
Ni singgahan ketiga, nak grab Buy 2 Free 1 offer.
Choc Indulgence (wajib la beli kan kalau masuk SR), New York cheesecake dan Triple Hokkaido Choc Cake. Total spent RM 27.00 untuk 3 slices of SR cake.
Offer menarik juga. Menu wajib beli set nasi lemak (RM15.99) dan untuk second item baru boleh pilih antara nasi ayam, nasi kandar, bubur ayam atau bubur pedas. Harga second item ni hanya RM6.90, represents 69 tahun kemerdekaan negara kita.
Kami pilih nasi kandar untuk second item tu. Nasi lemak takde telur rebus, nasi kandar ada telur rebus sebiji. Keduanya dihidangkan bersama papadom. Kuah kari nasi kandar tu not bad rasanya. Tapi rasanya mild la bukan pekat macam kari mamak.
Ingatkan air termasuk sekali dalam set ni tapi bila tengok resit air caj RM1/cup. Sepatutnya satu pink lychee, satu lemonade tapi dapat pink lychee dua-dua. Ummi pun tak check sebab tadi agak ramai pelanggan yang nak grab offer ni. Dekat SR pun sama, ada 2-3 pelanggan yang grabbed offer ππ»
Tapi okay je dapat air pink lychee dua-dua pun, sebab sedap.
Lastly, kami singgah di Kopi Saigon. Angah excited nak beli kopi di sini. Itupun dia risau takut tak sempat grab offer RM 6.90 ni sebab offer ni limited untuk 100 orang terawal je, di setiap outlet Kopi Saigon. Alhamdulillah ada rezeki Angah. Senyum lebar dia :)
Alhamdulillah mission accomplished.
Tq Walid layan misi Ummi dan Angah kali ni π
Semoga negara kita terus makmur, harmoni dan dirahmat Allah SWT selalu hendaknya π€²π»
Lain macam sambutan merdeka nya.. hihihi
ReplyDeleteHaha hamboi² kemain dia grab promo.merdeka ye arini haha aisey kita terlupa plak pasal promo² ni... mmg dok pk nak makan apa.. bosan tadi dok lepak²...kalau tau tadi mmg akan terjah mana² promo... aishh rugi²
ReplyDeleteEh kejap..kenapa masa kat komen tu pukul 5 pagi eh? Hahah padahal dok komen ni dah pukul 9.malam π π
DeleteSelamat Hari Merdeka. Moga negara kuta terus aman makmur.
ReplyDelete