Monday, 13 July 2026

Resepi Mee Hailam Simple

Menu Khamis lepas.
Simpan sini resepinya sebab sangat mudah. 
Resepi asal Ummi ambil dari majalah RASA. Tapi Ummi olah sikit ikut kesesuaian bahan yang ada. 

Bahan-Bahan
Mee kuning - celur 
Daging/ayam/udang/sotong 
Air rebusan daging - Ummi tambah
Air 2-3 cawan ikut kepekatan yang diingini
Putik jagung 
Carrot 
Tomato 
Telur 
Sos cili
Sos tomato 
Sos tiram
Kicap manis
Kicap pekat
Bancuhan tepung jagung + air untuk memekatkan kuah 

Bahan kisar halus
Bawang besar ½ biji
Bawang putih 3 ulas
Cili kering 7 tangkai - gunting dah rendam dalam air panas seketika

Bahan² Sampingan
Sawi - celur (Ummi masuk terus dlm kuah)
Cili merah 
Limau nipis

Cara Penyediaan 
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus hingga naik bau dan pecah minyak 
2. Masukkan sos² dan kicap²
3. Masukkan daging/ayam dan masak hingga daging/ayam bertukar warna. Masukkan air/ air rebusan daging jika perlu
4. Masukkan carrot dan putik jagung. Tambah air dan tutup periuk. Biarkan mendidih hingga sayuran separa lembut. 
5. Masukkan sotong/udang, tomato dan batang sawi. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa jika suka. Ummi letak gula sikit supaya kuah ada rasa manis² sikit. Masak hingga mendidih.  
6. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan gaul sebati. 
7. Pecahkan telur satu persatu, jangan dikacau. Biarkan telur masak kemudian masukkan daun sawi dan tutup api. Siap! 

Semudah ABC, sesedap rasa alhamdulillah. 
Selamat mencuba 🤗

16 comments:

  1. Uiii sedapnyaaa PH.. menu simple, nak buatnya pun resepi senang..

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa mi hailam
    rasa mcm dah lama x jamah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dah lama tak makan. Nampak resepi mudah kita buat je la

      Delete
  3. Dulu² saya suka makan mi hailam ni. Lamanya tak makan. 😋 Saya biasa makan di kedai siam je. Jarang masak di rumah sebab saya seorang yang suka menu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun dah lama tak makan Nur. Jarang sangat order mee Hailam kalau di kedai. Ni dah teringin masak je la sendiri. Puas makan hehe

      Delete
  4. Kalau teringin, senang kita boleh masak tak payah beli kedai dah kan. Campak-campak siap gitu. Sedap banyak rencahnya tu, boleh masak ikut apa yang ada dan selera kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, letak apa yg kita hendak, itu yg jadi lebih sedap tu Fiza kan

      Delete
  5. Saya suka mee hailam. Tapi yg mak saya buat je. Kat luar tk pernah lagi makan mee hailam :p

    ReplyDelete
  6. Macan teringin pulak nak buat.

    ReplyDelete
  7. Lama betul tak makan mi hailam ni. Thanks for sharing PH

    ReplyDelete
  8. lama sgt tak mk mee hailam. MZ suka mee sup..kurang suka apa2 yg warna/elemen kicap hahhah pelik2 jer

    ReplyDelete
  9. Alamak...semudah ABC ke... kena rajin baru jadi😁

    ReplyDelete
  10. Save duluuu. Sukaa kalau lihat bentuk nya. Saya nih kalau mie, apapun masakannya pasti sukaaa. 😍😍

    ReplyDelete
  11. Segak kejadian mee hailam nya

    ReplyDelete
  12. SA suka mee hailam..tapi x pandai buat...PZ pandai tp dia dh x yakin nak buat...

    ReplyDelete