Menu Khamis lepas.
Simpan sini resepinya sebab sangat mudah.
Resepi asal Ummi ambil dari majalah RASA. Tapi Ummi olah sikit ikut kesesuaian bahan yang ada.
Bahan-Bahan
Mee kuning - celur
Daging/ayam/udang/sotong
Air rebusan daging - Ummi tambah
Air 2-3 cawan ikut kepekatan yang diingini
Putik jagung
Carrot
Tomato
Telur
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Kicap pekat
Bancuhan tepung jagung + air untuk memekatkan kuah
Bahan kisar halus
Bawang besar ½ biji
Bawang putih 3 ulas
Cili kering 7 tangkai - gunting dah rendam dalam air panas seketika
Bahan² Sampingan
Sawi - celur (Ummi masuk terus dlm kuah)
Cili merah
Limau nipis
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus hingga naik bau dan pecah minyak
2. Masukkan sos² dan kicap²
3. Masukkan daging/ayam dan masak hingga daging/ayam bertukar warna. Masukkan air/ air rebusan daging jika perlu
4. Masukkan carrot dan putik jagung. Tambah air dan tutup periuk. Biarkan mendidih hingga sayuran separa lembut.
5. Masukkan sotong/udang, tomato dan batang sawi. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa jika suka. Ummi letak gula sikit supaya kuah ada rasa manis² sikit. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan gaul sebati.
7. Pecahkan telur satu persatu, jangan dikacau. Biarkan telur masak kemudian masukkan daun sawi dan tutup api. Siap!
Semudah ABC, sesedap rasa alhamdulillah.
Selamat mencuba 🤗
Uiii sedapnyaaa PH.. menu simple, nak buatnya pun resepi senang..
ReplyDeleteAah sis, mudah dan ringkas je resepinya
Deletesedapnyaaa mi hailam
ReplyDeleterasa mcm dah lama x jamah
Sama la dah lama tak makan. Nampak resepi mudah kita buat je la
DeleteDulu² saya suka makan mi hailam ni. Lamanya tak makan. 😋 Saya biasa makan di kedai siam je. Jarang masak di rumah sebab saya seorang yang suka menu ni.
ReplyDeleteSy pun dah lama tak makan Nur. Jarang sangat order mee Hailam kalau di kedai. Ni dah teringin masak je la sendiri. Puas makan hehe
DeleteKalau teringin, senang kita boleh masak tak payah beli kedai dah kan. Campak-campak siap gitu. Sedap banyak rencahnya tu, boleh masak ikut apa yang ada dan selera kita.
ReplyDeleteBetul, letak apa yg kita hendak, itu yg jadi lebih sedap tu Fiza kan
DeleteSaya suka mee hailam. Tapi yg mak saya buat je. Kat luar tk pernah lagi makan mee hailam :p
ReplyDeleteMacan teringin pulak nak buat.
ReplyDeleteLama betul tak makan mi hailam ni. Thanks for sharing PH
ReplyDeletelama sgt tak mk mee hailam. MZ suka mee sup..kurang suka apa2 yg warna/elemen kicap hahhah pelik2 jer
ReplyDeleteAlamak...semudah ABC ke... kena rajin baru jadi😁
ReplyDeleteSave duluuu. Sukaa kalau lihat bentuk nya. Saya nih kalau mie, apapun masakannya pasti sukaaa. 😍😍
ReplyDeleteSegak kejadian mee hailam nya
ReplyDeleteSA suka mee hailam..tapi x pandai buat...PZ pandai tp dia dh x yakin nak buat...
ReplyDelete