Sunday, 5 July 2026

Catatan 19 Muharram 1448H

Nasi lemak homemade untuk sarapan pagi ni. Walid top up lauk ayam masak merah dan daging goreng kunyit. Nasi Lemak tu Ummi letak sekali bunga telang yang dipetik beberapa hari lepas. Tak cukup biru warnanya.

Round of 16. 
Bakal bertembung sesama sendiri la pasukan pilihan Ummi; France vs Morocco nanti (8 terbaik) sebab dua² dah menang dengan lawan masing².  Manakala Portugal bakal bertemu Spain di pusingan 16 terbaik ni. 

Keluar atas satu urusan. Lama benar Walid tunggu giliran, Ummi di dalam kereta menikmati kehijauan di sebalik hutan batu. 

Malas duduk menunggu dalam kereta Ummi lepak di warung berhampiran. Takkan nak duduk saja, order la roti canai sekeping. Sedap roti canai ni, style kampung. Kering tapi lembut. 

Singgah di Baker's Cottage, Angah dok sebut² ayam BC ni... Walid beli nasi BC sebekas, nak rasa katanya. Diberi percuma sup fish balls yang berharga RM1.20 tu. Rezeki 🤲🏻

Simpan sini no tel pusat urut orang buta di Ong Tai Kim ni. Mana tahu nak guna khidmat mereka suatu hari nanti. 

Seperti biasa, hari Ahad baru ada kerja sekolah. Kalau tanya hari Jumaat @ Sabtu, memanjang takde jawabnya 😇


No comments:

Post a Comment