Wednesday, 29 July 2026

Ummi | Sakit Mata

Ahad lepas Kakak tegur, "merahnya mata Ummi" 
Tak perasan pun, tapi bila tengok cermin memang merah mata kiri Ummi ni. Ummi sekadar titiskan Eye Mo je, tak ke klinik pun. Isnin tu mata mula rasa gatal. Gatal ya amat! Kalau boleh nak garu sepuasnya tapi sebab mata ni sensitive jadi gosok² manja je la. Tapi ada ketika tenyeh² juga mata ni, tak tahan gatal πŸ˜…

Ummi tak ke klinik pun. Dah makin baik agaknya sebab mata dah tak merah tapi gatal tu masih ada. Hari ni bawa Adik ke klinik, jadi Ummi pun jumpalah Doc sekali. Doc tengok biasa je mata Ummi, takde merah² dan tak bengkak. Kalau mata merah tu conjunctivitis kata Doc. Mata Ummi ni dah tak bengkak dan merah sebab on road to recovery la kot., Dah hari ke-4 sakit. Tapi Ummi bagitau mata masih gatal. Doc bagi ubat titis dan pil untuk kurangkan gatal. Doc tanya, selalu tengok screen ke? 
Adoi la, kantoi 🀭 

Ubat Ummi 2 je. Selebihnya ubat Adik. Tonsil Adik bengkak, probably bacteria jadi Doc tak bagi antibiotics. Dekat kelas Adik ramai demam dan selsema, memang mudah berjangkit la sesama diorang ni. 

Ummi pernah sakit mata yang teruk. Bukan gatal tapi sakit sampai berdenyut² mata tu. Bila sujud, rasa macam biji mata nak terkeluar. Dan sakitnya lama, prolonged. Sampai kena jumpa doctor pakar mata. Bila dah lega sakit mata tu, kesannya mata Ummi jadi silau sangat. Bila tengok lampu waktu malam esp lampu jalan, imej jadi kembang. Tak nampak lampu tu tapi nampak objek yang kabur dan silau (macam tengok bunga api). Lama ye ambil masa untuk mata Ummi pulih semula. 

Mudah-mudahan kembali sihat 🀲🏻







No comments:

Post a Comment