Hari ni hampir separuh hari hujan; dari Zohor hingga lewat petang ni hujan masih turun walaupun tak lebat. Alhamdulillah takde banjir kilat mahu pun kesesakan luarbiasa masa pergi dan balik dari sekolah Adik π€²π»
Mulai 20/7 ni kena pakai uniform semula ke sekolah. Adik lagi suka pakai baju PJ, Ummi pun sama. Ringkas dan selesa. Tudung pun tudung sarung je tak payah gosok beria. Pakai uniform ni kenalah gosok baju dan tudung semula. Adik kalau baju/tudung sekolah Ummi gosokkan. Kalau baju/tudung jalan² tu dia gosok sendiri.
Walid ada training 2 hari jadi 2 hari ni Ummi tak sediakan bekal.
Dah lama tak makan, meh la buat. Buat seketul je sebab Walid tak makan tauhu sumbat.
Lama tak main Paint by Nombor ni....
Hari ni baru install dekat phone Ummi after 3 years pakai phone ni. Phone lama Ummi yang Angah pakai sekarang ada game ni. Bolehlah main sementara tunggu Adik keluar sekolah.
Alhamdulillah for everything.
Tauhu ni saya tak berapa suka sangat tapi bila sumbat macam2 dan makan dengan sos cili boleh pulak saya makan.
ReplyDeleteCantik ros merah PH.
ReplyDeleteEh..suatu masa dulu saya pun suka main mewarna lukisan di tablet. Puas hati bila siap, terasa macam lukis sendiri π
morning PH! lawa lah roses tu
ReplyDeleterisau kan musim sekarang, hujan lama sikit je terus air naik banjir. take care
ReplyDeleteCantik uniform sekolah Adik. Sama la dgn anak2 saya lebih suka pakai baju PJ dari baju uniform. Cuaca panas ni cikgu bagi je dieorg pakai baju PJ tiap2 hari. Tapi still kena gosok tudung jugak sbb sekolah tak bagi pakai tudung sarung π
ReplyDeleteCantik bunga ros gambar pertama.
ReplyDeleteKita pun suka tauhu sumbat. π Eh, ada rupanya game warna ya, saya baru tahu. Saya masih old school, mewarna buku guna warna pensel.
tauhu sumbat kt umh ni husband & MIL je mkn..kita tk mkn
ReplyDeleterajin nya PH buat seketul je
ReplyDeleteBila dah kena pakai uniform semula rasa macam alahaiiii... malasnya nak iron baju.. hihi..
ReplyDeleteSekolah Alip pun dah mula pakai uniform sejak 2 bulan lepas...tp hari Isnin dan Jumaat je itu pun kalau takde PJ
ReplyDeleteYa, semalam dari pagi sampai ke petang mendung dan hujan sekejap.
ReplyDeleteCantiknya bunga ros merah terang tu. Tauhu sumbat dah susah nak jumpa orang jual. kalau nak makan memang buat sendiri.
Tepaksalah pakai uniform semula kan.
Cantiknya bunga ros tu..
ReplyDeleteoo dah mula pakai uniform ya... Wafi masa sekolah rendah cukup tak gemar kalau kena pakai baju PJ. Masa sekolah menengah memang pakai macam biasa ikut jadual pemakaian.
ReplyDelete2-3 hari ni hujan je
ReplyDeletesejuk sikit bandar kl ni...
Anak-anak Sha pun berat ja kena pakai uniform balik.. Terutama sekali si adik tu sebab dia kena gosok sendiri dah sekarang dan kena pakai 3 kali seminggu.. kikiki..
ReplyDeleteTahu sumbat orang buat kan kita makan tapi selalunya goreng jangan garing sangat makan dengan sambal kicap. Walahhhh
ReplyDeleteEh nampak menarik games nya kak. Nanti nak coba lah, memang sukabyg mewarnai begini.
ReplyDeleteTahu sumbat atau tahu isi, saya sukaaa juga. Kalau di sini makan sambil gigit cabe rawit π.
Tahu sumbat versi kami makan dengan kuah kacang tapi dengan sambal cili pun sedap
ReplyDeleteEh..eh ada tauhu sumbat plakkkkk....pun failed makan kalau tgh ikuti program..apps tu suruh SA jadi kambing aje la PH....baru turun berat badan katanya
ReplyDelete