Menjemput buah hati balik bermalam lagi minggu ni. Ummi terserempak dgn dia di kantin, tengah uruskan makanan dan minuman untuk guru kelas. Selesai majlisnya barulah boleh balik.
Ada program peringkat kebangsaan di sekolahnya. Pelajar² yang tak terlibat kena balik supaya asrama dapat digunakan oleh para peserta seluruh negara.
Sebagai tuan rumah, banyak kerja nak dilakukan. Minggu ni kena kemas Pusat Sumber Sekolah, kena cat asrama/surau dsbnya. Gambar bawah tu Ustzh Najwa belanja burger usai kerja² mengecat. Cikgu² lain pun bagi belanja makan juga katanya. Ustaz Faez pula goreng nasi bagi depa makan. Ada juga guru belanja nasi berlauk di kantin. Seronok sangat dah budak² dapat upah gini pun :)
Try yang ni dulu katanya.
Student, mana ada bajet besar 😉
Dek kerana ketiadaan Abang, Ummi kenalah ambil alih tugasan bawa Angah ke pasar malam :) Angah ni setiap kali balik bermalam seboleh mungkin nak ke pasar malam. Yang depa beli ramen ajerrrrr... Sekali sekala bolehlah layan kan. Ummi beli air tembikai je. Takde yang menarik hati.
Alhamdulillah another smooth and beautiful day 🤲🏻
sronok abang healing kt pantai...layan plak celup tepung best tu
ReplyDeleteAiiiih makin teringin nak ke Terengganu nih akhir tahun. Semata saya nak puas2 kuliner seafood dan Lekor di sana 😄😄
ReplyDelete