Sebelah tangan nak letak pinggan basah atas rak singki, sebelah tangan alih piring yang dah kering ni nak letak atas counter top sambil mata tengok ke rak singki. Sekali, meluncur 2 biji piring ni ke lantai huhu... Ingatkan dah letak atas counter top, rupanya letak atas angin 🫣
Sahur telur rebus pagi tadi... Nasi pun makan juga, sambil² tolong perabihkan lauk pauk berbuka. Pengorbanan :p
Kemudian bancuh tepung, nak buat cucur udang. Rehatkan sekejap adunan. Tiba² Adik cakap ada orang datang hantar makanan.
Cik Rizal Caterer hantar makanan lagi 😍
Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Merah, Kue Tiau Goreng dan Cucur Udang!
Apalagi, simpan je la batter cucur udang Ummi 👆🏻 Ayam Masak Kicap pun masuk bekas, simpan dalam freezer.
Ahad lepas ER dah hantar makanan, selang 2 hari hantar lagi. ER ni pun, janganlah segan², hantar je la hari² haha 😂
Walid pun nak juga raih pahala bagi makan orang berpuasa, dibelinya ayam goreng, kari kambing, papadom dan teh ais. Papadom Ummi request, nak makan dengan Nasi Hujan Panas ER bagi tu.
Puding caramel dan tepung pelita tu selagi tak habis, kita hidangkan. Banyak² makanan ni pun jaranglah dibuang kecuali dah tak elok/basi. Kadang panjangkan sedekah, kadang masuk freezer sebahagiannya. Memang tak mampulah nak makan sekali gus.
Hehe terus dapat cucur udang.
ReplyDeleteAlhamdilillah banyak makanan dapat.
Syukur dia tak landing atas kaki.. huhuhu..
ReplyDeletemoga belum terlambat untuk saya ucapkan..selamat menyambut ramadan almubarak.. semoga ramadan kali ini adalah yang terbaik berbanding sebelumnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah...bulan ramadan penuh dengan rezeki..
ReplyDeletebetul, kalau lebih kita juga panjangkan pada yang lain...
Alhamdulillah.Meriah menu brbuka tu sis...=)
ReplyDeleteMeriah rezekinya tu PH. Alhamdulilah. Sedap la nasi hujan panas tu.
ReplyDeleterezeki cucur udang yg org bg kan...nasibaik tepung yg dh bancuh bole simpan dlu
ReplyDeletenext nak buat cucur udang, senang dah...tinggal goreng je
ReplyDeletewahh... murah rezeki anak anak dapat nasi hujan panas, ayam merah, kuetiaw, cucur udang walaupun mak hilang dua bijik pinggan
ReplyDelete