Wednesday, 17 December 2025

Taklimat Kemasukan ke Program Matrikulasi KPM 2026/27

Maaf ye, entry banyak berkisar tentang anak² khususnya Abang dan Kakak sebab kedua-duanya akan beralih ke fasa seterusnya dalam alam persekolahan mereka. 

Ummi kongsikan di sini input yang Ummi dapat sewaktu joined sesi Taklimat Kemasukan ke Program Matrikulasi KPM pada 17/12. 

Permohonan dah dibuka bermula 10 Nov 2025 hingga 10 Feb 2026 (Fasa 1). Kami belum isi, tunggu Abang balik nanti bolehlah sit down dengan dia. Tak perlu upload result trial sebab semua data ada dengan KPM. Begitu juga keputusan SPM nanti, tak perlu upload. Yang perlu di download dan upload adalah borang² berkaitan seperti sijil tahfiz, borang pendapatan dll. Borang² ni perlu disahkan terlebih dahulukan.  

Kursus² di Matrikulasi KPM ada 5. Ada tambahan subjek baru iaitu Hifz Al Quran. Menarik untuk aliran TMUA macam Abang. 

Selalu dengar pasal Matrik setahun (2 sem) vs Matrik 2 tahun (4 sem) ni. Baru faham. 

Bidang pengajian ke peringkat seterusnya (degree)

Jurusan Kejuruteraan; syarat² minima dan halatujunya. 

Jurusan Sains Komputer. Syarat wajib kena ambil subjek Sains Komputer masa SPM. 
Abang kalau minat IT tak cukup syarat untuk mohon jurusan ni tapi masih ada peluang untuk ambik Degree in Science Technology dengan ambil Jurusan Sains di Matrik. Ummi catit di sini supaya Ummi tak lupa dan pembaca juga boleh rujuk. Sebab ada yang give up bila tahu syarat ni. Still ada peluang, no worries. Ummi Walid memang takde experience jadi taklimat ni sangat membantu. 

Akaun dan JPPro. 

Bagus course ni utk sesiapa yang nak buat ACCA. Masa di Matrik pun dah ambil 3 paper ACCA . 

Untuk pelajar cemerlang 10A. 
Ada yang bertanya kalau anaknya ambil 9 subjek SPM dan semuanya dapat A (9A) masuk ke kategori ni. Tidak ye. Tapi masih berpeluang utk dapat tawaran ikut meritocracy. Tough betul ye.

Simpan sini info berkaitan subjek Hifz Al Quran. 

Subjek² untuk setiap jurusan. 

Timeline.
Lepas Fasa 1 ditutup, ada 5 hari je lepas dapat result SPM (jangkaan end of April) untuk buat kemaskini maklumat. Pendaftaran Matrik dijadualkan pada 7 & 8 Jun. 

Info lain yang sempat Ummi catat. Ada elaun untuk yg berpendapatan RM10k dan ke bawah.  Yuran pendaftaran sekitar RM500 manakala yuran penginapan dan pengajian percuma. 

Mudah-mudahan diberi rezeki yang terbaik untuk Abang dan anak² Batch 08 semuanya 🀲🏻

9 comments:

  1. Assalam, PH. Lama tak menjengah ke sini. Bila baca perkongsian PH ni memang banyak berubah sistem pendidikan sekarang utk ke fasa seterusnya. Boleh tahan ketat jugak syarat cemerlang yang dikenakan tu tapi ikut bidang la kan. Semoga ada rezeki utk abang meneruskan pengajian dalam bidang yang diminatinya.

    ReplyDelete
  2. Tq share info PH, sy pun nk kena ambil tau jugak dr skrg... nnt share pasal UPU pocket pulak ye, manalah tau ada taklimat tu jugak... sy ni dulu bhgn pengambilan pelajar jugak tp x tau cerita sebelum... tau² budak dh isi upu tinggal kita nak pilih dan tawar masuk je

    ReplyDelete
  3. All the best utk abg! zmn kini memang segala2nya online..berbeza sungguh dgn zmn2 kita (MZ spm thn 1994)

    ReplyDelete
  4. All the best πŸŽ‰ Teringat zaman matrix 16 tahun dulu. Tempoh yg singkat setahun tapi seronok. Dulu saya KMPk.

    ReplyDelete
  5. Tq share PH... nak kena review juga nanti sebab dah tak sama dengan abang kakak.

    ReplyDelete
  6. Bagus PH ambil nota, nanti boleh maklum pada Abang.

    ReplyDelete
  7. Moga dipermudah buat anak PH ya. Ibu kena cakna juga supaya nanti kita boleh timbang tara dan bagi nasihat. Dulu saya pun macam tu...ambil tahu semua yang berkaitan. Kali ni ambil tahu yang lain pula...ikut Dania kat mana....

    ReplyDelete
  8. moga dipermudah semua urusan.. buat pilihan yang terbaik.. semua online, mudah dah sekarang ni ..

    ReplyDelete
  9. Moga Allah kurniakan apa yang terbaik buat anakanda PH. Memang mak-mak kena ambil tahulah kan, mudah nak bantu anak buat pilihan.

    Anak saudara saya ada seorang baru masuk matrik jurusan sains dan hafazan (lebih kurang gitu yang saya faham). Bagusnya sebab dapat elaun bulanan dan yuran ditanggung (bayar masa mula masuk je), memang sangat membantu kurangkan beban kewangan.

    ReplyDelete