Bila keputusan PSRA diumumkan pada 27/11 hari tu, barulah boleh submit permohonan untuk sekolah² di bawah kelolaan JAIS; SAM dan MITS antaranya.
Nampaknya sistem permohonan semakin baik. Bagi pelajar yang beroleh pangkat Mumtaz terus keluar pilihan MITS dan SAMBest. Dah ada tapisan di situ, di mana hanya yang beroleh pangkat Mumtaz yang ada butang pilihan ke MITS/SAMbest, berdasarkan syarat yang telah dimaklumkan semasa Program Halatuju T6 tempohari.
Syarat ni pula membuatkan ramai menggelupur, bila mana pengesahan pemastautin ditetapkan hanya penghulu mukim/daerah saja yang boleh sahkan. Sebelum² ni boleh Nazir masjid, pegawai kumpulan A dsbnya sahkan. Bagusnya dapatlah berkenalan dengan penghulu :) Kena rujuk dengan Pejabat Tanah dan Daerah untuk dapatkan alamat/lokasi pejabat penghulu. Banyak yang kami belajar untuk permohonan sekolah JAIS kali ni.
Yang terdekat dengan kami Pejabat Penghulu Mukim Batu. Alhamdulillah senang saja berurusan dengan Pejabat Penghulu ni.
Semua borang yang diperlukan ni kena upload pula dalam sistem esekolahjais. Lepas tu pilih pula tarikh temuduga dan tarikh UKK (Ujian Kelayakan Khas) ke sekolah pilihan.
Sebenarnya seminggu dua ni Kakak (dan Ummi Walid) sibuk menguruskan IV dan urusan² berkaitan F1 Kakak. Itu yang kadang tak sempat nak blog walking. Entry pun banyak tertangguh ni. Harap dapat selesaikan semua entry 2025, pada tahun ni juga. Mudah-mudahan 🤲🏻
Semoga dapat sekolah yang terbaik buat Kakak serta dipermudahkan urusan PH dan suami.
ReplyDeleteAamin tq PU 🤲🏻
DeleteSemoga permohonan berjaya.
ReplyDeleteAamin tq Wak 🤲🏻
DeleteSenang juga sebab semuanya online sekarang... masa Wafi baru start online tapi still kena isi borang... setiap sekolah JAIS borang lain-lain, dibezakan dengan warna borang.
ReplyDeleteBarulah nak berkenalan dengan penghulu ya. Adik akak ritu pun pergi pejabat penghulu mukim Petaling. Suaminya orang Kelantan.
Masa Angah dah start online. Abang dulu iye, borang kuning, pink semua ada kan Kak :)
DeleteItulah, kami ni dua² Kedah. Memang kenalah mengadap tuan penghulu.
Macam2 urusan la untuk anak nak masuk F1 ni. Cie dulu waktu kakak Raisha tak mintak banyak sek pun. Dapat SBPI taknak pulak. Sek agama dia memang taknak.
ReplyDeleteKita ni minta je la mana yg boleh tu Cie. Nak² KL Selangor ni murid ramai, saingan banyak jadi usahakan aja mana yg boleh tu
Deletegood luck kakak. moga dipermudahkan
ReplyDeleteAamin tq LM 🤲🏻
DeleteTeringat nak mohon tandatangan penghulu dulu.....siap kena ceramah lagi suruh aktif dalam aktiviti kawasan. Hehehe....kalau ada pilihan Peg A minta tolong adik saya je...kalau penghulu kena dengar ceramah dulu. Huhu...
ReplyDeleteDulu ya boleh tandatangan dari Peg A....kena ikut t&c latest la....
Alhamdulillah Penghulu kami ni takde banyak soal. Muda lagi orangnya pun hehe
DeleteSemoga dipermudahkan urusan sekola anak akk... Macam2 ya nak urus
ReplyDeleteIye Cuya... 2 minggu terakhir ni mmg banyak urusan F1 Kakak
DeleteMoga dipermudah kan semua urusan nya dan tercapai impian anak2
ReplyDeleteAamin aamin aamin tq 🤲🏻
Deleteall the best utk kakak
ReplyDeleteTq MZ
DeletePermohonan online..semua dihujung jari..nak makan tekan saja sekejap sampai..
ReplyDeleteIye Cg... Tapi Sy masih suka ke kedai, pilih sendiri apa nak dimakan :)
Deletesemoga dapat sekolah yg terbaik buat kakak :D
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan
ReplyDelete