Alhamdulillah senyap² Angah bawak balik 2 plagues untuk tatapan Ummi Walid. Anak #2 ni senyap² je dia 'buat kerja'. Tup² je bawak balik hadiah dan sijil².
Majlis pengiktirafan yang dipanggil Haflah Takrim Perdana 2025 ni dibuat oleh guru² halaqah F2, sebelum sesi persekolahan berakhir.
Sebelah kiri, anugerah Zaid b Tsabit (tahriri lengkap, selari dengan hafazan). Anugerah ni dinamakan sempena nama sahabat yang bertanggungjawab menulis wahyu dan surat² ketika zaman Baginda SAW iaitu Zaid b Tsabit.
Sebelah kanan pula, anugerah As Shatibi, diberi kepada murid² yang berjaya mencapai sukatan hafazan F2. Alhamdulillah Angah bukan setakat capai sukatan, tapi berjaya melepasi sukatan.
Selain tu Angah bawa balik juga sijil² yang Ustaz 'hutang' dengan dia. Ada 4 keping sijil program² lepas. Untuk Haflah ni belum dapat lagi sijilnya.
Congrats Angah!


