Selamat tahun baru!
Wednesday, 31 December 2025
Recap Week 52, 2025
Week 51 ✅
Week 52: 24/12-31/12/2025
Final week of 2025!
KHAMIS Cuti Xmas. Kakak claim hadiah Mumtaz PSRA dari Walid. Kasut ni unisex, dia berkenan ikut je la.
JUMAAT Kakak unboxing hadiah dari Guru Pengawas & Guru PRS. Kakak sebagai Penolong Ketua Pengawas banyak tolong cikgu² katanya itu yg cikgu berdua ni belikan Kakak hadiah. Tqsm Cikgu² 😘
ISNIN Moon!
Nampak bulan indah di langit, terus rakam gambar. Kamera canggih, ginilah hasilnya :p
Semoga tahun 2026 membawa lebih keberkatan dan kemanisan buat kita semua.
Tuesday, 30 December 2025
Ke Kem Rimba Tamu, Batang Kali
Sewaktu Walid dijemput ke majlis penutup Kem Pengawas di Kem Rimba Tamu, Batang Kali ni. Jadi Ummi pun ikutlah sama, sebagai peneman dan mamarazi :)
Pernah ke Batang Kali beberapa kali tapi bukan bahagian yang menghala ke Genting Highlands ni. Jadi, semestinya Ummi teruja nak explore tempat baru.
Suka sangat kalau lalu jalan yang penuh kehijauan kiri dan kanan gini... Ditambah pula ada pemandangan bukit bukau 💚
Rupanya di Batang Kali pun ada Kg Kuantan. Ingatkan di Kuala Selangor je...
Mesti nyaman je dekat kampung ni kan...
Kampung Ummi suatu masa dulu pun sejuk, keliling rumah banyak pokok dan hutan.
Dah sampai... Semua ni kereta cikgu², takde guest luar selain SRAI. Bumbung merah tu dewan makan (open air).
Buah dan pucuknya boleh dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Ummi pernah buat kerabu pucuk beka.
Suasana macam kawasan rumah kampung. Ada banyak pokok dan bentuk rumah tu pun macam rumah² di kampung. Bahagian bawah tu dewan, atas pula dorm puteri. Yang cat biru tu bilik air dan bilik mandi puteri. Merasalah anak² Ummi berdua tu mandi di bilik air luar rumah.
Bahagian atas tu dilengkapi katil double decker untuk peserta tidur.
Rumah yang ada kereta merah tu berpenghuni. Mungkin ni kawasan rumah sebenarnya, sebelum didirikan beberapa infrastruktur seperti dewan makan untuk melengkapkan kem. Di seberang jalan utama juga kawasan kem. Terpisah sikitlah. Kata anak² cikgu² perempuan tidur sebelah sana. Mungkin ada bilik/chalet. Belakang rumah tu ada sungai. Seronok kan....
Budak² (peserta) beli aiskrim. Terus terkenang nostalgia zaman kanak²... Berlari² kejar motor aiskrim :)
Selesai majlis penutup, Ummi Walid solat Zohor dulu kemudian minta diri la. Gegirls nak balik naik bas. Nanti jemput depa kat sekolah. Eloklah tu, Ummi Walid boleh dating ahak!
Abang ~ Last Day School
Suasana di luar dewan sekolah.
Ibu bapa dan ahli keluarga berhimpun menunggu anak² Gexxin keluar dewan. Sebaik pintu dewan dibuka, terdengar laungan takbir dari anak² pelajar. Alhamdulillah selesai sudah SPM 2025.
Anak² Halaqah Warsh bersama Al Fadhil Ustaz Mohd Rozie Rejab. Ustaz bagi tanda kenangan untuk anak¹¹ ni...
Dapat kain pelikat, face towel dan set minyak wangi. Semoga bertambah mewah dan berkat rezeki buat Ustaz sekeluarga 🤲🏻
Terjumpa lukisan Abang masa Darjah 6. Sekarang dah selesai fasa sekolah rendah dan menengah Abang. Alhamdulillah.
Monday, 29 December 2025
Bunga Tahi Ayam
Subhanallah cantiknya!
Yang ini warnanya ungu.
Pun cantik, dan biasa nampak yang versi ni.
Walaupun Bunga Tahi Ayam ni cantik tapi baunya bucuk 🤭
Sunday, 28 December 2025
Ulam Betik Muda & Budu
Bik bagi betik muda sebiji. Ummi rebus buat ulam dan cicah bersama budu.
Budu ni Ummi letak telur rebus. Tak pernah makan gini tapi tengok Abang Topi Kuning di TT makan budu bersama telur rebus ni, terliur la pulak. Tak sangka pulak Kakak suka budu tu. Siap gaul dengan nasi.
Lepas tu kuih Cik Tah bagi masih berbaki, hidangkan sekali.
Alhamdulillah.
Pot Brush
Pergi Ninso hari tu, Ummi nampak benda alah ni...
Tapi dia ada pemegang, macam berus botol tu. Pertama kali Ummi perasan ada benda ni dijual.
Dah rasmikan dah... memang sedaplah menyental sebab ada pemegang. Kalau guna penggosok periuk yang biasa tu kadang arang atau minyak pada kuali /periuk tu terkena juga pada tangan masa menyental.
Saturday, 27 December 2025
Abang ~ SPM 2025
SPM 2025 sudah pun melabuhkan tirai. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun di awalnya Abang diuji dengan lutut terseliuh 😅
Simpan sini kenangannya...
Minggu pertama back to back peperiksaannya... Setiap kali nak masuk dewan, depa baca doa depan dewan sekolah. Adalah murid yang ditugaskan untuk baca doa.
Abang ditugaskan baca doa sebelum masuk exam Add Math ni. Habis paper Add Math ni budak² kelas Sains tulen hip hip hooray jap. Gap 8 hari untuk paper seterusnya dan yang terakhir ie BA. Kawan² Abang yang kelas akaun, agama eko dan agama pula yang berasap kepala. Sebelum ni depa rehat lama.
Semua dah buat yang terbaik. Kita serahkan kepada Allah SWT dan teruskan berdoa ❤️
Subscribe to:
Comments (Atom)
