Semalam bergelap, berpanas di kejiranan kami kerana bekalan eletrik ditutup sementara bagi memberi laluan kpd kerja² penyelenggaraan.
Dapat memo hari Isnin, jadi mentally prepared dah Ummi ni :D Apa dugaan atau cabaran pun kalau mental kita bersedia, Insha Allah lebih lancar dan mudah kita hadapi.
Pukul 11 tu Ummi off semua suis peralatan eletrik. Pintu belakang dan tingkap² pun Ummi biar terbuka supaya rumah tak berkuap dan cahaya masuk. Bateri phone pun fully charged siap² sebab ikut memo tu pukul 7 pm nanti baru bekalan eletrik disambung semula. Buka phone pun sekejap² je semalam, takut bateri habis π Dekat Walid pun Ummi siap pesan, no lunchtime call today. Punyalah nak jimat bateri phone :D
Lepas sejam, Tot dah rimas takde letrik :D Biasa tengahari Ummi on aircond, sedaplah dia tidur. Semalam tu tidur atas lantai je, sejuk tiles tu. Selalu dia tidur atas sofa ye, direct dengan aircond. Syukur semalam cuaca redup, jadi tidaklah panas sangat alhamdulillah. Lepas Zohor hujan turun manja², sejuklah sikit.
Alhamdulillah pukul 4 lebih dah ada letrik. Syabas TNB, cekap buat kerja π
memang sgt2 mencabar bila letrik tak de...syukurlah tak lama sgt tu sbb pukul 4 dh ada balik yer letrik :) amboi si bulus tu tidur dlm aircond yer hhehehhe
ReplyDeleteUmminya pun tumpang sekaki la MZ, afternoon nap dlm aircond π€
Deletekalau ada notis...insya-Allah kita ok je...nie yang tiba2 takde elektrik, naya pak karim...hahaha
ReplyDeleteBetul, bole hangin satu badan kalau tiba² takde letrik or air π
Delete2 benda ni elektrik dan air kalau ada gangguan memang jadi masalah kat kita..tapi kalau dah ada notis awal dh boleh prepare dah mental. Macam adik2 SA yg duduk area Bangi ke selangor ke..kalau 2 benda ni takde..diorang sanggup balik rumah SA..hahaha...
ReplyDeleteBetul sangat SA.
DeleteAir ngan letrik ni kalau takde haru jadinya...
Hamboiii... kemain Tot... tidur kat aircond rupanya.
ReplyDeleteSatu lagi cari nak sejuk boleh keluar ke shopping mallπ
Plan awalnya gitu Kak, nak lepak cafe tapi sebab hujan, malas nak keluar hehe
Deletedpt notis awal atleast bole prepared...amboi si bulus syok tido dlm ekon ye..tinggi bil letrik tuan umh hehe
ReplyDeleteUmminya tumpang la sekali hihi
DeleteOh, tak pernah terfikir pulak bila dapat notis TNB ni nak off siap2 peralatan elektrik, bagus jugak tindakan tu. Biasanya kalau ada gangguan bekalan elektrik ni kami keluar bekerja, tapi kalau keluar bekerja mmg akan off peralatan elektrik kecuali peti sejuk la. Ke, PH off peti sejuk juga?
ReplyDeleteTutup utk keselamatan dan jangka hayat barang² tu SK... Lagi² penapis air kan sensitive sikit.
DeletePeti ais tak off kalau kemana², sbb penuh sentiasa π
Memo macam ni suspens je ni. Nak kena prepare awal2 supaya kita leh bersedia macam caj handphone kan.
ReplyDeleteBetul at least kita prepare la apa yg patut kan ...
DeleteMemang agak payah kalau tiada letrik, tapi atas sebab penyelenggaraan, kena bertahan.
ReplyDeleteIya Kak, lagipun bukan selalu pun :)
Deletekan main tot naa, stress ler tu tak dak letrik hehe :)
ReplyDelete