Saturday, 17 August 2024

Goreng Pisang w Sambal Kicap

Balik dari outstation of course ada buah tangan kan ... 

Goreng Pisang dgn Sambal Kicap, signature orang Johor πŸ€— 
Ada juga otak² dan kuih bom/kuih bijan. 
Bijan orang Kedah (sesetengah tempat) panggil 'lenga' :) 

Ada juga karipap... 

Dan shawarma...

Shawarma ni kata Walid plan-nya nak makan dalam perjalanan, tapi kenyang lagi sebab dah makan tengahari. Bahaya juga nak drive sorang² dalam kekenyangan, mengantuk satgi. 

Singgah solat Jumaat di kampung Puan Ujie ☺️

Lepas Jumaat bertolak dari Tanah Jauhar, sampai di Gombak lepas Maghrib. Kuih muih pun dah keras/liat, Ummi panaskan semula guna air fryer alhamdulillah rangup semula. Lama dah tak makan Goreng Pisang cicah sambal cili gini, sedap. Teringat balik 4 tahun lepas kami ikut Walid outstation ke Pontian, hari² makan Goreng Pisang dgn Sambal Kicap yang dibeli di depan Semerah Garden Hotel

9 comments:

  1. Oh, PH ikut walid outstation ke Pontian ke?

    Nanti lain kali try cecah cekodok pisang ngan sambal kicap, sedap jugak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak SK, anak² sekolah...
      Oh ye ke? Nanti nak try πŸ‘

      Delete
  2. Pisang goreng cicah sambal kicap ni tak ramai yg suka termasuklah wife saya huhuu

    ReplyDelete
  3. masa duk Johor dulu pertama kali jumpa pisang goreng makan dengan sambal kicap. Mula2 macam pelik. Bila dah try rasa memang sedap. Sampai sekarang kalau beli pisang goreng mesti makan dengan sambal kicap kat rumah.

    ReplyDelete
  4. Goreng pisang cicah sambal kicap tu lama juga tak jumpa. Kalau kat Johor tu biasa la.

    ReplyDelete
  5. Pisang goreng merentas beberapa negeri ni. Jauh perjalanannya.

    ReplyDelete
  6. Sedap tu pisang goreng cicah kuah kicap. Kat belah Kulim ni kadang-kadang jumpa juga pisang goren kuah kicap ni. Bila ramai orang luar daripada negeri lain-lain, dapatlah juga mencuba pelbagai makanan negeri .

    ReplyDelete
  7. Sedapnya pisang goreng cicah kicap..selalu jumpa kat JB je time selalu ke sana..

    ReplyDelete
  8. Saya sukaaa pisang goreng pakai sambal kecap. Di sinipun ada daerah yg seperti itu makannya. Ada juga daerah yg makan pakai sambal roa. Macam2 memang. Yg mana pun saya sukaaa, asalkan pisang gorengnya sedap πŸ˜„

    ReplyDelete