Friday 23 August 2024

Lunch Hari Jumaat

Hari Jumaat biasanya Ummi tak masak untuk lunch. Hari² makan masakan sendiri, Jumaat tukar selera plus Jumaat selalunya busy dengan urusan sekolah anak⁴. Malas nak terkejar², beli je food for lunch

Dah 2 minggu berturut² dah Ummi beli dekat sorang Akak ni. Jual lauk² kampung harga rahmah jugalah. 

Minggu lepas...

Minggu ni ... 
Adik nak Nasi Kukus Ayam Berempah jadi Ummi dengan Kakak je beli dengan Akak tu. 

Air mineral dapat percuma. Ummi ingat minggu lepas je rupanya minggu ni pun dapat. Agaknya setiap Jumaat Akak ni sedekah air mineral untuk pelanggan dia. Sebab pernah beli hari lain, takde pula dapat air mineral ni :) 

Seronok kalau jumpa peniaga yang suka bersedekah, yang tak lokek ni... Kadang beli buah/kuih ada juga peniaga bagi lebih, sedekah katanya. Ummi suka support peniaga² begini. Bukan sebab nak dapat lebih @ nak barang percuma tapi sebab sikap mereka yang suka bersedekah tu buatkan kita lagi seronok nak support dia. Manalah tahu ada juga pahala untuk kita kan... 

6 comments:

  1. if lauknya sedap/kena dgn tekak, memang worth la repeat!

    ReplyDelete
  2. Betul itu suka peniaga yang tidak kedekut.

    ReplyDelete
  3. Peniaga macam ni lagi murah rezeki dia PH.

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. Jumaat hari cuti masak, nak juga rasa masakan orang lain juga ya.

    ReplyDelete
  5. SA xde istilah cuti memasak la....jeles betul kalau boleh cuti memasak..

    ReplyDelete
  6. Setujuuu. Penjual seperti ini saya pun akan dengan senang hati support dia dengan sering2 membeli jualannya. Penjual ramah , tak pelit , pasti buat customers happy

    ReplyDelete