Saturday 31 August 2024

Cerita Hari Merdeka


Hari Merdeka kali ni jatuh pada hari Sabtu. Tapi, anak² SRAI cuti Jumaat tu. Melepak di rumah je la sebab Walid pun di Johor lagi. 

Dapat saluran percuma sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Bolehlah layan movies...

Sambil² tu tolong Adik siapkan homework Sains. Darjah 2 dah belajar pasal litar πŸ™†

Masak Nasi Ayam je untuk Ummi & gegirls. Tapi depa skipped lunch sebab breakfast lewat pagi tu.  

Sabtu Hari Merdeka, keluar sarapan kemudian ajak Walid singgah di kubur. Lama tak ke kubur, sebab ada construction di main road Sri Gombak ni. Jalan agak sesak dan aliran trafik pun terganggu, kena ikut jalan alternatif sana sini. 

Tengahari ada jemputan kenduri kahwin. Balik kenduri singgah Dewan Beringin, ada jualan gudang. Kakak beli facial mask. Malamnya kami pakat pakai facial mask sambil layan movie

😭

TV9 tayang mula pukul 8.40 mlm, TV2 start pukul 9.00 mlm. Salute sungguh dengan pengorbanan generasi terdahulu yang bergadai nyawa mempertahankan tanah air. Besar sungguh jasa mereka. 

Semoga Allah SWT merahmati mereka semuanya dan menempatkan mereka di kalangan para syuhada dan solihin 🀲

Elok hujung² cerita, dengar sayup² bunyi kucing. Buka pintu tak nampak pulak, mungkin di luar rumah. Kemudian, dekat pulak suaranya. Tot tengah tidur pun terjaga 😁 Buka lampu porch, menerpa seekor kucing warna putih, kelaparan! 

Abaikan sepah² tu;  dia kalut minta makan, Ummi kalut nak hulur makanan sampai tertumpah². Nampak dia makan tu bukan tahap lapar dah, kebulur agaknya. Sian dia ... 

Kaklong Kawasan tengah perati... 
Pukul 11 dah masa ni, Ummi ni berani² takut juga hihi... Walid ngan anak² dah beradu. Mujur ada Tot teman Ummi :D 

Selamat Hari Merdeka!
Happy Birthday yang ke-67 juga utk Paklong (abang Ummi). Sebaya umurnya dgn kemerdekaan negara kita, lahir pun di bulan Merdeka ketika seluruh negara bersedia nak menyambut kemerdekaan. 



11 comments:

  1. Kucing siapa sesat tu.. agaknya dia tahu kat rumah tu ada makanan sedap tu dia singgah. Selamat menyambut hari kebangsaan buat PH sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. fuhh pukul 11 mlm tu kira sgt lewat laaa..dpt kucing as visitor plak yer

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Merdeka, PH! Kesiannya si meow putih lapar…

    ReplyDelete
  4. Banyak aktiviti boleh dibuat bersama-sama keluarga waktu cuti.. Sejarah Bukit Kepong memang menusuk ke kalbu, ulanglah berkali-kali tetap sedih.

    ReplyDelete
  5. Alaaaa.. lupa tgk bukit kepong.. sbb yg lelaki sibuk tgk bola mlm tu

    ReplyDelete
  6. Pandai kucing tu cari rumah yang ada kucing juga, dapatlah makan.

    ReplyDelete
  7. Sama la kita PH. Cuti buat nasi ayam.

    ReplyDelete
  8. Oh bukan kucing kakak yg putih nih? Aiiih kasian nya diaaa. Kalo lihat dr bulu nampaknya sesat. Semoga dia bukan dibuang yaa πŸ˜”

    ReplyDelete
  9. Uih jauh beza umur abg long dgn PH ye

    ReplyDelete