Thursday 25 April 2024

Tot ~ Prem Labour

Macam belon kata Cik Ita 🤭 

Risau sungguh nak tinggalkan dia balik beraya tempohari. Setiap hari Ummi doa bagi dia bersalin sebelum kami balik kampung atau selepas raya sebab risau nak tinggalkan dia sendirian. 

4.4 Khamis dia bersalin. Keluar sekor je, kami namakan Baby temporarily 

Sebab dia pernah bersalin seekor je sebelum ni jadi kami taklah harian atau syak apa²... Hinggalah Jumaat malam dia bersalin seekor lagi, tapi this one didn't survive dan belum cukup sifat. Susah betul nampak dia nak bersalin tu, macam dah takde tenaga. Makan tak nak, minum je. Nampak lemah... Ummi syak ada lagi dalam perutnya sebab nampak berombak² sekali sekala. Jadi, Sabtu pagi rushed dia ke klinik. Klinik suruh bawa ke hospital sebab depa takde kemudahan x-ray. Bertambah risaulah Ummi ni. Tot memang nampak lemah sangat dah. Tahap yang Ummi menangis sepanjang jalan nak sampai ke hospital tu 🤭

Doktor akan buat x-ray untuk pastikan ada/tak stillborn baby. Kalau ada kena operate. Allahu! 
Sementara tunggu namanya dipanggil, tiba² Tot mengerang and keluar lagi satu. Masih kemerahan dan belum sempurna kejadiannya juga. After the x-ray, the Doc confirmed-kan dah takde janin dalam perutnya. Alhamdulillah lega tak perlu operate. 

Lepas jumpa Doc she looks better
Yang dalam bungkusan tu, her stillborn baby

Sepatutnya nak hantar Tot ke rumah Cik Ita that evening tapi bila dah jadi macam ni, we decided to monitor dia dulu for a night. Esoknya tengok dia dah okay baru hantar ke rumah CI sebelum balik kampung beraya. CI orang Gombak, memang tak balik mana² kampung. 

Dijaga dengan penuh perhatian esp by Dedek. Makan pun bersuap :D 
 
Walaubagaimanapun, Baby didn't make it. Petang tu juga dia pergi tak kembali. Ini bukan kali pertama anak² Tot mati lepas beranak jadi this kinda expected. Tot ni dah 2-3 kami beranak tapi semua anak²-nya mati. Sempat hidup 4-5 hari je. Mungkin Tot pun kurang experience. 

Buah hati pengarang jantung kami sekeluarga ❤️

Sekarang ni dalam proses nak sunatkan dia.  Sebelum ni Ummi hold sebab kesian nak mandulkan tapi lepas tengok apa jadi baru ni, risau pulak Ummi. Ibunya Ayu dulu mati sebab pendarahan dalam rahim 😭 Taknaklah ambil risiko utk Tot. 

Semoga dipermudahkan. 

5 comments:

  1. Tot ...allahu kesiannya dia..rahim dia x kuat....

    ReplyDelete
  2. Kasihan anak-anak tidak hidup.

    ReplyDelete
  3. Sedih membacanya.
    Moga Tot cepat baik dan sihat selalu hendakNYA.

    ReplyDelete
  4. First tu sekali tengok macam arnab. Rupa-rupanya kucing.....kesiannya anak2 tak hidup ya....moga nanti kalau ada rezeki dpt anak....anak dia akan hidup.....

    ReplyDelete
  5. Aisssh tot, comel sangaaat dia ❤️❤️❤️. Semoga cepat pulih sehabis melahirkan dan tak sedih sangat Krn kehilangan babies 😔. Iyalah kak, baik mandulkan. Kucing saya semuanya saya mandulkan, sebenarnya dengan tujuan supaya lebih sehat juga. Terlalu sering melahirkan tak bagus buat mereka.

    ReplyDelete