Sunday 28 April 2024

Selamat Pengantin Baru ~ Faizal & Nadiah

Alhamdulillah anak kepada 2 pupu Ummi (Maklang Di) selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Jumaat 26.4 kelmarin. 

Majlis akad nikah diadakan di PAID Gombak. Alhamdulillah kami sekeluarga juga dijemput untuk meraikan majlis. 

Tok Imam ajak nikah dalam surau sebab di pejabat ada pasangan lain. Mungkin ada 2-3 orang jurunikah bertugas di sini. Yang nak bernikah pun ada 2-3 pasangan juga Ummi nampak. Rezeki kami, dapat masuk ramai² dalam surau ni. Kalau di pejabat mungkin hanya ibu ayah pengantin je... 

Usai akad nikah, ada majlis meraikan pengantin di Sentul, tapi memandangkan dah lewat petang kami tak join majlis tu. Terus balik ke rumah sebab Walid ada meeting di surau lepas Maghrib. Dengan hujannya, petang Jumaat pula sesaknya luarbiasa jadi lebih selamat kami terus balik ke rumah. 

Maksu doakan Jal & Nadiah berbahagia selalu dan rumahtangga yang dibina disirami sakinah mawaddah dan rahmah 🤲

7 comments:

  1. selamat pengantin baru... :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... selamat pengantin baru buat anak saudara PH, semoga bahagia berkekalan hingga ke syurga 💕

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru buat Jal & Nadiah. Semoga rumahtangga yg dibina berkekalan hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  4. Selamat pengantin baru buat kedua- duanya, kekal bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  5. Selamat pengantin baru buat Jal & Nadiah.
    Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  6. Semoga langgeng untuk kedua mempelai 🤗. Sehabis ramadhan memang ramai yg menikah kan. Di mesjid dekat rumah saya pun selalu ada pernikahan tiap Sabtu dan Minggu

    ReplyDelete