Tuesday 7 February 2023

Giveaway 23rd Anniversary Ciknur and Husband πŸ’


Alhamdulillah syukur sudah lebih 2 dekad  Ciknur & suami melayari bahtera rumahtangga. Pastinya sepanjang tempohari tersebut pelbagai pahit manis, onak duri dan ranjau telah ditempuhi dan dilalui bersama. 

Ucapan (atau lebih tepat DOA) dari PH agar; 

Ciknur dan suami sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk saling menjaga antara satu sama lain, rezeki yang luas untuk sama-sama dinikmati dan kasih sayang serta kesetiaan yang tak bertepi agar dapat bersatu jua di syurga-Nya kelak. Aamin aamin aamin Ya Mujib 🀲

Semoga rumahtangga Ciknur dan suami terus dilimpahi rahmah, mawaddah dan sakinah aamin... 

All the best untuk semua kawan-kawan yang join GA ni. Rezeki siapa, sama-sama kita nantikan πŸ€—

7 comments: