Saturday 6 August 2022

Puasa Hari Asyura


Cantik Hari Asyura tahun ni, jatuh pada hari Isnin, hari yang biasanya orang berpuasa sunat. Mesti ramai yang akan ambil peluang ni kan. 

Walaubagaimanapun, untuk tidak menyamai amalan orang Yahudi, umat Islam digalakkan berpuasa sehari sebelum Hari Asyura iaitu pada 9 Muharram  (disebut Hari Tasu'a) ataupun selepasnya iaitu pada 11 Muharram. 9 Muharram tu besoklah :) 

Hari ni pun paip burst sekali lagi. Tempat sama macam semalam 😇 Syukur, dari segi bekalan air tak terjejas sangat (air masih ada hingga tengahari) tapi dari segi trafik, sengsara! Sengkaklah kami makan jem :p 
Kebetulan hari ni banyak pula urusannya; service Queen, tuition Angah... 

Walaubagaimanapun dinner kami tetap meriah even takdak ayaq. Sementelah Abang PB (pulang bermalam), naklah juga dia makan masakan Ummi. 

Ini semua frozen food yang ada dalam freezer. Bila terdesak macam ni, alhamdulillah tak perlu risau nak masak. Leceh nak masak memasak ni kalau air takde :( 

Jangan lupa niat malam ni bagi yang berhajat untuk puasa hari Tasu'a besok 🤗




5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sudah pasang niat untuk esok.

    ReplyDelete
  3. Alaa...bulan Ogos dan Muharram ni saya mengong tentang tarikh ..Asyik terkeliru.
    Dok sangka 8Ogos sama dengan 8 Muharram..Sebab dah beberapa bulan tarikh bulan Hijrah dan Masihi tersama..

    ReplyDelete
  4. biasa kopi jantan untuk si lelaki

    ReplyDelete