Saturday 27 August 2022

Api ~ Coretan Minggu 2

Recap Minggu 1 ;

Ahad 14/8 
Kebakaran awal pagi. 
Tengahari buat report polis. 

Isnin 15/8
Walid ke bank untuk dapatkan info dan dokumen berkaitan insurans rumah (fire insurance)

Selasa 16/8 
Bertemu janji dengan Tn S untuk buat report Bomba. Since kebakaran jam 3.45 pagi, team yang handle case kami team malam (shift 8.00 mlm - 8 pg). Jadi, kena jumpa team leader shift malam untuk diambil statement Walid. 

Rabu 17/8
-

Khamis 18/8
Loss Adjuster datang buat penilaian kerosakan dan kerugian. 

Jumaat 19/8
Started the cleaning process. 

Sabtu 20/8
Sambung cleaning process sampai Ahad. 

Minggu Ke-2

Day 8

Walid ke Pejabat Bomba untuk ambil report yang dah siap. Report Bomba tak macam report polis yang boleh ambil terus laporannya. Minggu ni Tn S bertugas shift siang, jadi sianglah jumpa beliau. Tapi, gambar atas ni gambar malam 😅

Petang pula kawan sekolah menengah Ummi datang ziarah. Kami jumpa di kedai makan sebab dah lewat petang. Terharu sangat sebab Cikna bukanlah rakan rapat tapi sanggup datang tengok keadaan kami Barakallah Na 😘

Sebenarnya dari hari kejadian tak putus-putus kawan-kawan, jiran-jiran dan pelbagai pihak yang datang melawat. Alhamdulillah Allah hadirkah insan-insan yang baik di sekeliling kami. Walaupun jauh dari keluarga tapi sokongan mereka inilah yang membuatkan kami tak terasa keseorangan. Pastinya doa kawan-kawan maya juga sangat-sangat kami hargai 🌹

Day 9

Walid ke Pejabat Bomba Negeri di Bukit Jelutong untuk submit report dari Bomba Selayang dan beberapa dokumen berkaitan. Kena buat 2 salinan;

1. Untuk Bahagian Operasi 
2. Untuk Bahagian Forensik 

Katanya dokumen-dokumen ni boleh upload melalui QR Code yang diberi tapi lebih baik hantar by hand. Lepas submit semua ni, kena tunggu 14 hari bekerja untuk dapatkan laporan forensics . 

Bayaran RM100 untuk laporan yang akan dikeluarkan nanti. Forensic Report ni nanti kena submit ke insurance pula. Mudah-mudahan dipermudahkan-Nya 🤲

Hari ni juga Walid ke Johor untuk outstation, yang sepatutnya dia pergi pada siang hari Ahad 14/8 tu. Allah sebaik-baik Pengatur. 

Day 10

Someone sent us love in a form cake 😍

Day 11

Yang ditunggu-tunggu... Contractor datang ambil measurements dsbnya. Nanti dia akan buat costing dan submit kpd insurance. Once approved, baru start repair works. 

So far ini sajalah progress tentang rumah kami. Kata contractor, untuk repair dalam 1-1/2 bulan juga :( 

Hidup kami? Masih berpindah-randah :p 

Yakin 💪










6 comments:

  1. Allahu Akbar!
    Moga terus abah menghadapi ujian ini.
    Di sebalik kesusahan, Allah datangkan bersama untuk permudahkan urusan.

    ReplyDelete
  2. Semoga tabah. Apapun kagum PH sekeluarga kuat hadapi ujian ini.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah permudahkan urusan PH sekeluarga.
    Pasti ada hikmah atas segala yang terjadi.

    ReplyDelete
  4. Allahu...
    Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..
    Namun pasti Allah lebih mengetahui hikmahnya

    ReplyDelete
  5. Banyak info yang boleh diambil dari peristiwa ni, PH. Semoga ilmu yg dikongsi menjadi bekalan di sana nanti.

    ReplyDelete
  6. byk nya proses...moga dipermudahkan semuanya..aamiin

    ReplyDelete