Monday 22 August 2022

Api ~ Cleaning Process

Comes the most tiring phase i.e. cleaning process. 

Khamis 18/8 hari ke-5 kebakaran Loss Adjuster (LA) datang buat penilaian kerosakan dan kerugian. Selagi dia belum datang kami dinasihatkan untuk tidak bersihkan rumah supaya LA dapat tengok the real situation. Once she gave the greenlight, only then we started with the cleaning process. 

Uncle Arif pinjamkan tong roro 👍

Jumaat pagi Uncle Apai & Uncle Rohaimi datang tolong buang tilam, karpet dsbnya yang rosak. 

Boss MTM Mart singgah bagi minuman ni. Uncle Abe ada urusan lain, tak dapat tolong...

Tenaga tambahan, warga Rohingya yang cari barang lusuh. Seronok dia dapat ambil 'spring tilam' tu. Si Cici tu sibuk je, bukan menolong pun 😁

Sabtu dan Ahad barulah cleaners from Maideasy datang buat kerja. Memang kena hire cleaner sebab nak cuci asap semua tu memang tak mampulah kalau buat sendiri. Dan depa datang with appropriate tools and cleaning items. 

Ini pun masih ada kesannya... Bekas asap tu memang tak kan hilang, kena cat semula. 

Senang hati nampak lantai berkilat semula 😍 

Nanti kita beli karpet baru ye :) 

Keadaan dalam rumah dah bersih jadi kita pun rasa lapang sikit hati. Nak baring, solat boleh dah cuma nak bermalam tu belum selamat lagi. Adakala on suis di bawah pun, tripping juga. 

Bila dah bersihkan segala kesan kebakaran ni, rasa lapang sikit hati  Sebelum ni serabut rasanya bila tengok rumah kotor dan lintang-pukang. Sekarang ni pun masih berterabur tapi sekurang-kurangnya rumah dah bersih elok. Tunggu depa repair tingkat atas tu baru boleh bawa semula barang ke tingkat atas. Itu kena kerahan tenaga lagi sekali pulak tu 😅

Cerita kain baju pula...


14 helai tudung kena buang sebab jelaga melekat, cuci tak hilang :( 
Takpe, boleh beli tudung baru, eh :D 

Semua ni Ummi akan slowly buatlah... Utamakan pakaian harian, pakaian sekolah, tudung dulu. Susah juga nak kena check plastik hitam tu satu-satu sebab yang kemas kain baju ni cleaners. Yang pasti bedding items yang terselamat tu kita bersihkan last sekali. Tilam pun takde ni, nak pasang cadar kat mana :p 

Keep praying for us 🤗

11 comments:

  1. Semoga dipermudahkan semuanya PH…

    ReplyDelete
  2. Ramai yang tolong.
    Semoga PH dan jeluarga hadapi proses dengan mudah dan tenang.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar
    semoga Allah ganti yg lebih baik lg selepas ni.
    dan semoga dipermudahkan segala urusan Hazel sekeluarga

    ReplyDelete
  4. Saya nampak Cici paling komited di situ! Semoga semuanya berjalan lancar buat PH sekeluarga ya...amin yra

    ReplyDelete
  5. Berat Mata Memandang..Berat Lagi Bahu Yang Memikul...
    Semoga Allah mudahkan urusan PH dan keluarga....

    ReplyDelete
  6. no words to express...
    perlahan2lah PH

    ReplyDelete
  7. slowly la berkemas PH... ada hikmah ujian dari Allah ni

    ReplyDelete
  8. Slowly la nampaknya...maaf tau SA x tau cerita ni dan baru tau hari ni...semoga dipermudahkan buat PH dan keluarga...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah yang utama dah cantik bersih. Lain-lain buat aje perlahan-lahan laju-laju nak pi mana hehehee

    ReplyDelete
  10. Allahu..berat kami yg membaca ni, berat lagi yg hadapinya.. be strong key PH..moga Allah permudahkan semua urusan...aamiin...

    ReplyDelete
  11. rasanya dpt claim insurance tak kalo terbakar rumah camni?

    ReplyDelete