Thursday 7 July 2022

Menjelang Aidil Adha

Hari ini jemaah haji akan mula bergerak ke Arafah. Kerajaan Saudi menetapkan besok, 8/7|Jumaat adalah hari wukuf. Allahu akbar! Bertemunya 2 hari besar dalam Islam (hari wukuf & hari Jumaat) pastinya banyak keistimewaannya.

 
Walaupun terdapat perbezaan tarikh hari wukuf di Saudi dan negara kita, janganlah ianya menjadi halangan kepada kita untuk memperbanyakkan amalan di 10 hari terawal Zulhijjah ni. 

Berbalik kepada Aidil Adha, kita akan sambut raya haji Ahad ni انشاء الله.  Persiapan raya macamana? Balik kampung tak?

Ummi pagi tadi on the way nak ke pasar cari ayam untuk buat rendang, nampak geng Lemang Tok Perak dah pacak khemah tepi jalan tu... Cantikllah, nanti boleh makan rendang dengan lemang. 

Sampai di pasar, nampak daun palas. Terus ambil seberkas. Tak plan pun nak buat ketupat palas raya ni, tapi bila dah daun palas di depan mata, automatik mood datang :D Bukan apa, anak4 memang suka ketupat palas. Raya puasa hari tu rasa tak lengkap sebab tak buat sendiri ketupat palas ni. Sebab secara tradisi keluarga belah Ummi, buat ketupat tu wajib setiap kali raya. 

Daun dah 'buka'. Kalau rajin malam ni kita balut... 

Akhir kalam, jom perbanyakkan doa ni di hari Arafah. Waktu wukuf akan bermula selepas Zohor besok di bumi Arafah, jadi sama-sama kita manfaatkan peluang ini. 












3 comments:

  1. Ada ketupat palas. Rajin anyam.
    Oh baca ikut waktu hari Arafah di sana. Terima kasih beritahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin tu ikut mood NA :p
      Begitulah, dari perkongsian yg lebih arif, sama-sama kita baca doa ikut waktu wukuf di sana. الله اعلم

      Delete
  2. aida suka ketupat palas.
    beli la :) memang apapun ketupat, aida x reti nganyam nyer ha ha ha ha...
    nowadays kan ramai yg jual ketupat palas.
    just kukus aje.

    ReplyDelete