Tuesday 9 November 2021

Resepi ~ Kerabu Daun Pegaga + Ikan Bilis

Cik Leha bagi seikat pucuk pegaga pula kali ni. Hari tu pucuk paku. Tak termakan dia seorang, sementelah penjual pun jual 3-4 ikat dengan harga RM5. Bila dah petang tu kadang sampai 5 ikat dibaginya dengan harga tersebut. 

Ummi buat kerabu pucuk pegaga ni. Tambah sikit pucuk selom yang Ummi tanam depan rumah. Kerabu ni simple sangat. Potong-potong hiris-hiris, gaul, siap! Ikan bilis pula Ummi masukkan dalam air fryer je. 180°C, 15-20 minit. 

Resepi: Kerabu Daun Pegaga + Ikan Bilis
Sumber: Nora Arashi

Bahan-bahan
Pucuk pegaga
Pucuk selom
Bawang besar
Cili api
#semua bahan di atas dihiris halus 
Ikan bilis - goreng garing dan tumbuk 
Jus limau nipis/kasturi
Garam, gula jika perlu - rasa dulu, jika ikan bilis sudah cukup masin tak perlu letak garam lagi

Cara-cara
1. Satukan semua bahan hiris dalam bekas yang sesuai
2. Masukkan ikan bilis goreng yang telah ditumbuk (nak tumbuk kasar @ halus terpulang)
3. Masukkan jus limau nipis/kasturi
4. Gaul sebati semuanya. Siap! 

Sebenarnya hari ni baru ada masa on laptop, dapatlah ziarah kawan-kawan maya. Angah dan Kakak ke sekolah minggu ni. Depa Team B. Cikgu ambilkira hubungan adik-beradik untuk tentukan giliran hadir ke sekolah. Biar senang urusan transport dan memudahkan ibu bapa juga. 

Selain tu, Si King masuk wad lagi, since Sabtu. Jadi untuk 2 hari pertama minggu ni guna Queen untuk hantar anak3 ke sekolah dan juga Walid ke tempat kerja.  Alhamdulillah semalam dah keluar wad, dengan bil hampir 1.5k :( Doakan ada rezeki kami beli kereta baru 🤗 Angannya nak kereta setaraf kereta baru pak menteri :p 

Hari ni back to normal routine, alhamdulillah. Itupun banyak juga kerja rumah yang masih tertangguh antaranya nak kemas 'sarang' (baca: bilik) hero-hero tu. Adalah barang-barang Abang yang Ummi nak kemas dan mungkin juga tukar susun atur bilik semula. Tengoklah mood Ummi :) 

Jangan lupa cuba ye resepi kat atas tu 👆




15 comments:

  1. nampak gaya macam sedap tu.. gaul-gaul dengan nasi macam nasi kerabu... mantapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan dengan nasi panas lagi ummph :)
      Tq singgah...

      Delete
  2. Tinggi harga betulkan kereta. Semoga murah rezeki PH sekeluarga untuk ganti kereta baru. Amin.
    Kagum PH tenang sahaja hadapi masalah. Hehe kalau saya sudah pengsan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin atas doanya NA.
      Kalau asyik repair je, fenin juga :(

      Delete
  3. Aduh, yang nampak senang ni la kita tak reti (baca : rajin) nak buat.. adeh!

    ReplyDelete
  4. Terus terliur tengok kerabu daun pegaga ikan bilis, Puan Hazel. Menggoda selera betul!

    ReplyDelete
  5. Kereta ni kalau dah rosak memag akana berkait - kait..pening fikir

    ReplyDelete
  6. Terliur pulak tengok...
    Meratah pun sedap ni...

    Semoga king cepat sembuh🤭
    Naya queen kena lanyak...🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... bila King x sihat, Queenlah jadi penggantinya huhu

      Delete
  7. Sedap ni kerabu campuran ulam ulaman. Level king, belanjanya King juga. huhu...

    ReplyDelete