Wednesday, 17 November 2021

Pokok Keladi

Ini bukan cerita pokok keladi yang viral dan jadi buruan ramai. Setakat ni Ummi belum terjebak lagi dengan trend bela keladi ni. Sebab minat Ummi lebih kepada edible plants instead of pokok hiasan. 

Anyway, hari tu ada baca sharing rakan blogger, Fiza tentang embun di daun keladi. Terus Ummi teringat nostalgia zaman kanak-kanak. Suka main embun atau titisan hujan yang bertakung di daun keladi. Tolak sana, tolak sini air tu, pelik kenapa daun keladi tu tak basah πŸ˜… Dalam hati, untung Fiza dapat menikmati suasana pagi di kampung dengan melihat titisan embun di daunan pokok. 

Asyik melihat 'rumput lebih hijau di laman orang' terlupa Ummi pun ada pokok keladi! 

 Tengok tu, titisan air tu tak jatuh pun. Daun keladi pun tak basah :) 

Keladi ni keladi yang boleh dimakan. Batangnya boleh dibuat asam rebus atau kadang tu arwah Tok rebus cicah dengan air kerabu. Arwah Tok tanam di belakang rumah, Ummi pindahkan ke depan anaknya. Alhamdulillah hidup subur dia. 

Ini pula bunga keladi. Pernah tengok? 

Cantik warna bunga tu, macam isi ikan salmon :) 

Rasanya ini keladi gajah kot. Bukan Ummi punya, kepunyaan Hj X. Lalu kebun dia waktu tengah ber-jogging, ambil gambar sekeping dua sebab jarang jumpa bunga keladi. Ummi abadikan di sini untuk tatapan semua :) 




18 comments:

  1. Cantik bunga keladi. Tidak pernah tengok lagi.

    ReplyDelete
  2. sekarang ni mcm trend kan..pokok2 keladi ni

    ReplyDelete
  3. Sebab tu ada peribahasa, ibarat menjirus air di daun keladi, kan.

    ReplyDelete
  4. Zaman kanak-kanak selalulah jumpa keladi gajah tu kadang main-main dengan kawan-kawan pastu gatal-gatal dek getah keladi tu hahahaa... nostalgia.

    Mrs.A pun suka

    ReplyDelete
  5. tak pernah tengok bunga pokok keladi. cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah PH pun, tak pernah jumpa bunga keladi camni rasanya :)

      Tq singgah.

      Delete
  6. Sebab tu ada peribahasa, miang keladi kan

    ReplyDelete
  7. Cantik ada pokok keladi di dalam taman, menghijau subur, bunganya pun menarik.. Betul tengok embun kat daun tapi daun tak basah hehe.. Teringat pula air embun ada khasiat.. ingat2 lupa untuk apa hehe..

    ReplyDelete
  8. dlu masa kecik mmg suka main air di daun keladi... bak kata pepatah... mencurahkan air di daun keladi.. ha mcm gitulah... suka tgk air bergenang² di daun keladi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Kadang tu sengaja tenyeh air tu nak basahkan daun keladi tu haha

      Delete
  9. teringin pula nak main air kat daun keladi tu..mesti geram sebab air tak lekat situ..hehe

    ReplyDelete