Wednesday 24 November 2021

Random Photos 1

Macam takde idea pulak nak buat entry 😅 Kita santai-santai je la ye hari ni ...

Tugasan Sains T4 - bot mainan by Angah. Minggu ni patut Team B masuk sekolah tapi MPKAFA belum selesai. Next week Team A ke sekolah, depa kena tunggu the following week  (minggu akhir sekolah) baru PDP bersemuka semula. Dapatlah ke sekolah seminggu bulan 11, seminggu bulan 12. Hopefully next year would be better aamin

Tonton filem Contagion Isnin lepas di TV. Filem ni dikaitkan dengan COVID-19. Memang sebijik sebijan dengan current situation. 

Purnama Merindu gitewww... Lawa sangat moon malam 15 Rabiul Akhir. 

Breakfast date dengan buah hati ☺️

Kenduri sempena genap setahun Tok 'pergi'. Tempah nasi lemak telur mata dengan Ibu Kasih. Alhamdulillah sedap. 

Squid Game katanya 😇

Ingatkan pancit, rupanya angin kurang. 

Tudung Saji ~ Tugasan PSV Kakak. Lawa pula corak yang dia hasilkan dengan water color tu. 

Ayam goreng dari surau, sempena jamuan rakyat. Menteri Kanan tak jadi datang, kena kuarantin sebab ada pegawainya +ve Covid. 

Sneakers idaman dah sampai. Inilah yang dicari masa ke Aeon Wangsa Maju tempohari. Color yang Ummi nak ni takde size jadi kami beli secara online, direct dengan Larrie. Harga sama je. 

Stay safe semua ♥️


9 comments:

  1. Purnama tu cantik dan misteri...Saya juga ada snap purnama malam 15 hari tu..kita merenung bulan yang sama..hihihi tapi pic saya terbiar dalam folder.

    ReplyDelete
  2. Cantik tudung saji tu, purnama indah sayu pun ada, syokkan dating :)

    ReplyDelete
  3. Hari persekolahan bersemuka tahun ni boleh dikira dengan jari

    ReplyDelete
  4. Purnama mengambang ye PH...SA pun dah takde idea nak buat entry...sibuk dengan kerja

    ReplyDelete
  5. Contagion saya tengok tahun lepas masa PKP pertama.
    Tudung saji itu unik pula bentuk macam bentuk bungkusan nasi lemak.

    ReplyDelete
  6. Setiap gambar ada kisahnya. Belum tengok lagi filem Contagion tu. Cantik hasil kerja seni tudung saji dan gambar bulan tu. Pandai amek dari angle celahan daun kari :)

    ReplyDelete