Thursday 4 November 2021

Cuti Deepavali 2021

Ramai yang balik kampung dan pergi jalan-jalan nampaknya cuti Deepavali ni yang jatuhnya pada hari Khamis. Hati-hati memandu, jaga diri, patuhi SOP sentiasa 😘

Kami tak kemana-mana...pi mai pi mai pun tang SG ni je. Beli ayam di market, beli ikan dengan Abang Hensem depan Bolton tu, stock up ikan bilis, telur dan frozen food di Ramly Halal Mart then ke Greenwood pula cari seluar baju Abang. Bunyi macam duduk overseas je kan, Bolton, Greenwood haha ... 

Hari ni juga Walid hantar kereta Ummi, Queen tukar 'tinted'. Hantar pagi, petang dah siap. Persediaan untuk anak-anak ke sekolah-lah ni. Tq Walid 💖

Abang pula tengah pulun siapkan segala tugasan cikgu bagi sebelum buka sekolah ni. Banyak sangat bertangguh esp bab buat nota. Tengah struggle-lah tu, subjek PAI saja sampai 30 bab. Belum kira lagi Sains, Sejarah... 

Meriah juga sambutan Deepavali di kejiranan kami. Anak Uncle pun nampaknya balik beraya tahun ni. Tahun lepas Uncle sedih cucu tak dapat balik

Nasi tomato dari surau. Rezeki malam Jumaat. Adalah yang bersedekah tu, alhamdulillah. 


Stay safe semua. 

6 comments:

  1. Wah persiapan sampai tukar tinted kereta.
    Banyak kerja sekolah kena buat! Rajin Abang.

    ReplyDelete
  2. Wahh sedapnya nasi tomato tu..tetiba rindu nak buat nasi tomato..erm minggu depan la nak buat lagii..

    ReplyDelete
  3. kami di sarawak ni lagilah PH.. mmg xde cuti pun masa deepavali.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Takpa2 dok rumah je Kakmim, lebih selamat :)

      Delete