Saturday 28 August 2021

Bangkit Rindu...

Kelmarin 26 Ogos ibu mertua jiran kami, Kak Z meninggal sekitar jam 3.30 pagi kerana sakit tua. Masa arwah Tok masih ada pun, mak mertuanya dah tak sihat, tak boleh bangun pun. Adalah bibik yang menjaganya sepanjang Kak Z sekeluarga keluar bekerja. Sekali sekala Kak Z update perkembangan ibu mertuanya di WA group. 

Seawal jam 8.30 pagi jenazah dah dibawa ke rumah keluarga mereka di PJ. Dek kerana sibuk uruskan PdPR di awal pagi, tak berkesempatan menziarahi arwah. Semalam singgah sekejap di rumah Kak Z, nak bertanya khabar dan mengucapkan takziah. Takde jodoh juga, Kak Z keluar .. 

Akhirnya kami hanya dapat berbual di telefon. Katanya "Akak rindulah, bangun pagi ni terus ke bilik arwah... Hari2 rutin akk macam tu, jenguk bilik arwah dulu... Kekok pulak pagi ni (arwah dah takde)..." 

Packed food utk jiran-jiran. Tahlil online kata Kak Z, sesama ahli keluarga mereka. 

Macam tu lah juga Ummi pun. Lepas arwah Tok meninggal, bangun pagi terus jenguk bilik Tok. Kadang tu dok masak di dapur pun toleh-toleh juga ke dalam bilik arwah... Ambil masa jugalah nak hilangkan habit tu, itu pesan Ummi pada Kak Z.  

Malah, sampai sekarang Tok 'hidup' dalam diri kami. Buat itu, buat ini, makan itu, makan ini seringkali sebut pasal Tok. Tambahan pula bila ada sesuatu yang boleh relate macam kematian mertua Kak Z ni. Lagilah kenangan dengan Tok membara, jadi rindu teramat sangat... 

Ummi: Berapa ringgit nasi kerabu ni B? 
Walid: 6 ringgit...lauk ikan goreng...
Ummi: Oo... Dulu dok beli kat Mak lima ringgit setengah...

Itu pagi tadi, masa makan nasi kerabu favorite arwah. Malam tadi pula, perbualan kami berkisar pada topik 'Tok di mana masa Ummi bersalinkan anak-anak :D " 

Kelahiran Abang ~ Memandangkan Ummi masih di labour room dari pagi hingga ke Maghrib,  w/pun pukul 9 pagi dah induce, terpaksalah Walid call Pakcik datang temankan Tok di rumah kami. Masa tu arwah Pakcik duduk di Puchong, bujang lagi. Arwah Tok ni pula ada penyakit darah tinggi. Setiap kali anak menantu nak bersalin ke nak exam besar2 arwah jadi nervous, anxious sampai BP naik. Masakan tidak, malam-malam tak boleh tidur! Masa Ummi nak ke Mekah dulu pun sampai demam2 Tok dok fikirkan keadaan anak-anak kami terutama Kakak yang masih bayi tu.

Kelahiran Angah ~ Tok di kampung, uruskan kenduri kahwin Abg Aqim. Habis kenduri je Tok terus mai rumah kami 😁 

Kelahiran Kakak ~ paling special sebab Tok berkampung sekali dengan kami di Pusrawi. Bersempit- sempit dengan cucu2 tidur di lantai. Walid pula atas sofa bed sebab Tok lagi selesa tidur atas tikar πŸ˜‚ 

Kelahiran Adik ~ Tok dah tak berapa sihat masa ni. Baru didiagnosis dengan kidney problem. Tok duduk dengan Paklong masa ni... 

Apapun itulah aturan hidup... Sampai masa kita akan kembali kepada Pencipta. Yang masih ada ibu ayah, ciptalah sebanyak mungkin kenangan indah. Hanya itulah yang kita ada bila mereka sudah tiada πŸ€—

Al Fatihah untuk semua muslimin dan muslimat yang telah mendahului kita. 

4 comments:

  1. Terima kasih atas nasihat.
    Insya Allah akan cipta kenangan banyak-banyak dengan ibu bapa.

    ReplyDelete
  2. Kepda korang yang masih ada orang tua, hargai la...
    Bila mereka dah tiada, kerinduan tu takkan dapat digambarkan

    Al-fatihah buat mereka yang telah tiada

    ReplyDelete
  3. selagi org tua masih ada kena create kenangan byk2..

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah untuk yang telah pergi.Semoga Allah ampunkan dosa mereka & tempatkan dalam kalangan orang beriman.

    ReplyDelete