Wednesday, 25 August 2021

Tipah Tertipu!

Ceritanya macam ni... Sejak 3 bulan kebelakangan ni phone bill Ummi asyiklah >200 ringgit. Sepatutnya pakej yang Ummi guna ni tak sampai RM200 pun. Bertambah musykil sebab sejak pasang Unifi, anak-anak PdPR tak tumpang hotspot Ummi dah. Jadi, tak perlu top up data pun. 

Nakkan kepastian, Ummi call service provider. Rezeki Ummi hari tu, baru 2x ringing, dah ada orang (customer service staff CS) picked up. Tak sempat 'cakap dengan mesin'... 

Ummi: Boleh tolong check kenapa bil saya tinggi ye? Sejak 3 bulan lepas... 
CS: Ini sebab content... content usage Cik
U: What do you mean by content usage? 

(Tanjat mak, terus speaking London nak...:D ) Sempatlah fikir content tu pasal tengok YouTube kot! 

CS: Cik ada tak terima SMS dari 21888? 
U: Rasa ada...
CS: Setiap SMS tu cajnya RM1 Cik... 
U: Hah???
CS:.. kalau sebulan RM30-lah Cik...

Ya Allah, terasa ruginya. Kita terima SMS tu, kita pulak yang dicaj πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Memang setiap hari Ummi dapat SMS dari nombor ni ... prompt dekat notification tapi Ummi tengok sekilas gitu je. Jarang nak buka/baca SMS unless request TAC no. untuk online banking transactions. Yang selalu ditatap, WhatsApp & Telegram je. 

Sekilas pandang, nampak seperti pesanan khidmat masyarakat je... Sebab tu Ummi biar je. Husnuzon salah tempat rupanya. 

Nampak pulak bawah tu, Ikhlas xxxxx. Ingatkan betul-betullah ikhlas :D Siap puji lagi Ummi ni tau...Bagus depa hari-hari ingatkan pasal jaga jarak, jaga kesihatan... rupanya Tipah tertipu! 

Memang tak perasan langsung RM1 kat kepala mesej tu. Tepuk dahi! 

Sehari seringgit, 30 hari dah 30 ringgit. Banyak tu... Kalau kumpul, setahun dah boleh buat qurban di luar negara ☺️

Ralat sungguh Ummi sebab terlepas pandang hal ni. Kalau dicaj sebab kita guna, taklah terkilan sangat. Kita guna, wajiblah bayarkan... No issue at all. 

Jadi, Ummi teruslah minta depa stop je. Senang je, buat je camni... 

Hantar mesej tulis STOP ALL, that's all. Actually, bila Ummi tengok semula mesej dari nombor ni ada je sesekali dia bagi mesej untuk batalkan langganan ni. Tapi, ialah... Ummi fikir Ummi tak guna pun service-nya jadi ignore je. 

Walaupun ralat, tapi perkara ni tetap bagi pengajaran untuk Ummi. Ummi kongsi untuk perhatian semua, bukan untuk memburukkan mana-mana pihak. Cuba-cubalah check mesej-mesej yang selalu kita terima tu... Kalau ada yang kita boleh terminate, terminate je. Ummi ni jangan kata singgit, kalau sekupang pun Ummi kisah tau! 


 

8 comments:

  1. huhu.. ari2 makan duit lama2 kenyang jgk dia..
    nmpk skit rm1 tp kalo sebulan dh blh beli lauk pauk.. huhu..
    sabar jela.. nasib baik blh stop

    ReplyDelete
  2. eh betul la klu kita pun konpom x perasan yg rM1, sebab slalu nya msg2 camtu kita ignore je kan

    ReplyDelete
  3. Pernah jugak kita kena macam ni dulu. Masa tu guna top up, memang asyik habis kredit aje

    ReplyDelete
  4. Pernah kena juga. Entah kadang-kadang pandai mereka menyelinap. Tetiba ada terlanggan.

    ReplyDelete
  5. Lepas baca dandan saya pun check SMS...Alhamdulillah takdak nombor tu.
    Ish,la ni macam-macam kan..Terleka sikit ja,memang terkena.Ibarat kata perpatah "Jerat Tak Pernah Lupakan Pelanduk"
    TQ PH share info ni

    ReplyDelete
  6. Bole mintk reset kn..block info.. cuba tny telco provider

    ReplyDelete
  7. Aduhaiii tak pasal pasal je kena bayar. Mahal pulak tu RM1/sms. Dikumpulkan memang banyak. Mujur lah akak call tanya. Ini yang nak check jugak ni.

    ReplyDelete