Thursday, 12 August 2021

Resepi ~ Pulut Sekaya

Di Kedah, kuih ni kami panggil pulut sekaya. Dan Ummi baru tahu rupanya di Terengganu namanya Tok Aji Serban. Cute! 

Teringin nak cuba bila tengok di TV baru ni, rancangan Tangan Seni yang memaparkan resepi ni. Nampak senang je. Tapi, tak sempat salin resepinya. Bila di-Google alhamdulillah jumpa resepi yang sama as featured on TV. 

Resepi: Pulut Sekaya

Bahan Lapisan Pulut
1 1/2 cawan beras pulut - basuh dan rendam 2 jam
1 1/2 cawan santan cair
1 s/t garam halus

Bahan Lapisan Sekaya (atas)
5 biji telur gred A - Ummi letak 4 biji
1 cawan santan pekat
2 keping nisse/gula Melaka - Ummi letak 1 je tapi lebihkan gula pasir
3 s/b gula pasir - Ummi letak 5 s/b
2-3 s/b gula perang - Ummi tambah 
1/2 cawan air
Daun pandan - disimpul
1/2 s/t garam halus

Cara-cara 
Lapisan Pulut: 
1. Toskan beras pulut
2. Satukan beras pulut, santan dan garam dalam bekas sesuai.
3. Kukus 30 minit atau hingga pulut masak.

Sementara pulut dikukus, sediakan bahagian sekayanya. 

Lapisan Sekaya:
1. Masak nisse, gula, garam bersama air dan daun pandan. Bila semua sebati, tapis dan biarkan suam
2. Di dalam bekas lain, kacau telur bersama santan dan garam. Bila sebati, masukkan air gula tadi dan kacau rata. Tapis sekali lagi. 
3. Bila pulut masak, keluarkan dari kukusan. Tekan pulut hingga mampat dan rata kemudian tuang campuran telur dan air gula tadi keatas pulut. 

4. Kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga masak. Balut tudung periuk kukus supaya tiada wap menitis ke atas kuih.
5. Bila masak, simpan kuih dalam peti ais selama 1 jam barulah dipotong dan dihidangkan. 

Warna kurang menyerlah sebab Ummi guna nisse seketul je, habis stok. Tapi, alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan. Si hantu kuih tradisional tu siap tanya, "susah tak Ummi buat kuih ni? Indirectly request buat lagi. Siapa lagi, Angahlah! 
 

Selamat mencuba πŸ€—

6 comments:

  1. haa kitorg org ganu mmg pgl tok aji serban.. haha..
    sedap ni!

    ReplyDelete
  2. seri muka kan, sedap sangat, rajin PH :)

    ReplyDelete
  3. Adik-beradik seri muka. Memang sedap dengan aroma gula kelapa.

    ReplyDelete
  4. sedap nyer! asben aida pun kaki kuih tradisi.
    aida ni tak pandai buat kuih talam gini.
    tak menjadik rupa nya.
    rasa ada lah. tu yg tak pernah lagi share kat blog.
    ha haah ha malu sgt. rupa takde!

    ReplyDelete
  5. Ni kalau bulan posa...mmmm telioq..
    Sedap ni banyak telur & santan barulah betul- betul sekaya

    ReplyDelete
  6. First time dengar kuih pulut sekaya ni. nampak sedap gabungan pulut dan sekaya.

    ReplyDelete