Friday 24 July 2020

Rezeki anak-anak


Dari Isnin hingga, Khamis makanan disediakan oleh pihak kantin kepada semua murid. Bukan percuma tapi setiap bulan parents bayar RM50 yuran makan.

Jadi, untuk hari Jumaat (semasa PKP) cikgu-cikgu kelas tolong kumpulkan order bagi yang nak tempah makanan. Menu minggu ni nasi goreng, seringgit sebungkus. Untuk melatih rasa kebersamaan, Ummi tak sediakan bekal untuk hari Jumaat. Biar depa makan menu yang sama dengan kawan-kawan. Lagi satu, niatnya nak bantu pengusaha kantin. Dengarnya beliau pun 'sakit' juga bila 4 bulan lepas sekolah ditutup. Mungkin kalau 3 orang anak-anak Ummi je beli, tak ketara sangat impaknya. Tapi, kalau satu kelas tempah makanan, besar juga rezeki untuk Ibu Kantin. Kalau satu sekolah? Inilah antara cara untuk kita saling membantu di saat ramai yang terkesan dengan PKP dan wabak Covid-19 ni.

Credit: Source 


Berbalik kepada makanan hari Jumaat ni, alhamdulillah untuk ketiga-tiga kelas Abang, Angah & Kakak ada parents yang sudi belanja.



Doa tu yang mahal kan? 

Jujurnya Ummi seronok dengan situasi ni. Bila ada 'biah' (suasana) baik seperti ni sedikit sebanyak akan mempengaruhi sahsiah anak-anak. Moga sentiasa lembut hati mereka, sentiasa berterima kasih, rasa disayangi dan yang penting DOA mereka yang tulus suci. Kanak-kanak hatinya lurus. Moga Allah angkat doa mereka. Di pihak ibu bapa pula, pakat berlumba-lumba nak menaja sama. Alhamdulillah, berlumba-lumba untuk buat kebaikan 🤗 Moga berkatnya melimpah-limpah pada semua warga SRAI.

Untuk kelas Abang contohnya, bagi beberapa minggu akan datang dah ada penaja. Alhamdulillah syukur. Moga, bertambah rezeki mereka, ditunaikan segala hajat dan diangkat dari mereka segala musibah aamiin.

Bila kita memberi, sebenarnya bukan sahaja orang yang menerima rasa seronok tapi si pemberi tu berlebih-lebih rasa seronoknya. Rasa puas, rasa gembira bila tengok si penerima tersenyum adalah satu kebahagiaan. Ummi yakin rasa tersebut Allah hadirkan agar kita sentiasa seronok untuk memberi. Boleh ketagih tau buat kebaikan dan bersedekah ni 😊

5 comments:

  1. Semoga murah rezeki yang menderma. Betul itu pemberi pun seronok juga beri.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Memberi makan kepada orang yang menuntut ilmu besar manfaat dan ganjarannnya

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah.. sungguh, rezeki anak-anak. masih ramai yang baik hati, Allahu. Moga sentiasa dirahmati & diredhai Allah.

    ReplyDelete
  4. semoga cikgu2 pun yang makin bertambah kerja hakiki
    sentiasa dirahmati dan diberikan kesihatan olehNya..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..semoga bertambah rezeki yang sudi menaja. sama sama membantu gitu :)

    ReplyDelete