Monday 13 July 2020

Pontian lagi...



Sebelum sekolah dibuka, sempat lagi kami ke Pontian, ikut Walid outstation. Trip kali ni lebih seronok berbanding kunjungan kami pada Disember tahun lepas.

Kampung Hj Ibrahim Majid yang kena PKPD hari tu. Tak jauh dari tol Simpang Renggam, hala ke Benut. 


Now everything goes back to normal dah, alhamdulillah.
Kali ni kami menyewa homestay sebab bawa Tok sekali. Bila di homestay, rutin harian Ummi seperti memasak, membasuh pakaian dsbnya tetap berjalan seperti biasa. Terisilah masa Ummi berbanding duduk di hotel.


Anak-anak pun seronok dapat main di luar.
Banyak aktiviti/perkara yang kami lakukan kali ini menjadikan kunjungan kali ni lebih menyeronokkan.


Ada satu petang tu lepas Walid balik kerja kami  pusing-pusing sekitar Pontian sampai ke power plant Malakoff di Tanjung Bin. Singgah bergambar sekejap. Time ni para pekerja baru habis shift agaknya, berpusu-pusu keluar dari plant. Kebanyakannya pekerja warga asing. Seperti kebanyakan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar yang lain, Malakoff juga menaja sebuah masjid berhampiran, Masjid Kg Serkat. Tapi, sebab dah hampir senja takde kesempatan untuk kami berziarah ke masjid tersebut.


Ini pula kami dinner bersama family Jaja. Dibawa makan di sebuah kedai makan favourite Jaja. Nyata, pilihan orang tempatan tidak mengecewakan sampaikan hari nak balik tu kami repeat makan di sini.

Setiap pagi Walid keluar berjogging di Stadium Mini Pontian. Life is so laid-back here. Tak perlu rushing nak ke tempat kerja, memang santai... Takde traffic jam, heaven! 



Tenang dengar bacaan Surah Al Kahfi di pagi Jumaat 

Pagi jumaat tu Ummi ikut. Bawak kids sekali beriadah. Meriah kawasan ni dengan pelbagai aktiviti riadah. Ada tai-chi, zumba dsbnya.

Adik & Kakak ikut atok/nenek buat tai-chi 😁


Nak melepak tengok air pasang macam depa ni pun boleh...

Waktu balik pula kami ikut tol Sedenak untuk balik ke KL seperti disarankan oleh suami Jaja. Katanya lebih dekat berbanding tol Simpang Renggam dan melalui Benut. Kami ok je sebab memang suka explore new places.


Dalam perjalanan tu nampak gerai menjual nenas. Sukanya Ummi tengok disekeliling rumah penjual ni ditanam dengan nenas. Rare lah bagi Ummi yang asal Kedah ni kan... Kalau sepokok dua tu tak hairan sangat ini banyak tau! Rupanya Walid pernah singgah di sini tapi dia ingat-ingat lupa tempat ni. That time was his first visit to Pontian, sebab tu blur. Dimaafkan haha...

Banyaknya pokok nenas 🤩


Ini ladang nenas yang terbentang luas di sepanjang jalan. Ralat sebab tak berhenti ambil gambar anak-anak buat kenangan. Nak pergi lagilah tu. Alasan sangat kan?

Teruja sungguh Ummi sebab masa belajar Geografi dulu cikgu selalu cerita pasal ladang nenas di Johor. Kali ni nampak depan mata. Arwah cikgu Ummi dulu orang Spg Renggam, lagilah terasa kaitannya. Al fatihah untuk Cg Rahman b Atan. Cikgu paling sempoi dan sporting 🌹🌹🌹. 





Inilah cerita 5 hari 4 malam kami di Pontian :)

11 comments:

  1. Belajar Geografi, Johor terkenal dengan hasil nanas.
    Seronok dapat jalan-jalan semula kan. Tengok tempat orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, rasa satu kepuasan bila dapat jejak tempat yg kita hanya kenal dalam buku :)

      Delete
  2. kat JDT ada tempat nama Pekan Nanas
    Ada juga pekan Kelapa Sawit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekan Nenas sy tahu wak. Pekan Kelapa Sawit tak pernah dengar 🤭

      Delete
  3. Wahh bestnya jalan2..!! Pergi tempat orang ni macam2 kita boleh tengok, dari pelbagai segi. Bak kata orang, jauh berjalan luas pemandangan...

    ReplyDelete
  4. Mrs. A pun tak pernah in reality kebun nenas hehehe...
    Bestnya boleh makan nenas campur serbuk asam boi sampai lebam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik juga sebenarnya kebun nenas ni Mrs A.

      PH suka cicah dengan kuah rojak Makbee :)

      Delete
  5. Nanas tu nampak manis! Saya pantang nampak nanas bergantungan di gerai tepi jalan, mesti nak singgah beli hihihiii!

    ReplyDelete
  6. Seronoknya bila dapat jalan2 ..Nenas tu blh buat hati menggoda nak bli hehehe cantuk pulak berantungan cam gitu..

    ReplyDelete