Baru-baru ni kami repair & renovate (R&R) master bedroom dan bilik air. Sepatutnya projek ni dilaksanakan pada bulan 3 tapi terpaksa ditangguhkan sebab PKP. Alhamdulillah seperti dijanjikan kerja penambahbaikan bilik tidur kami ni sempurna dalam masa 2 minggu. But of course ada few things like pilih tiles, cleaning etc began earlier. Kali ni Ummi nak kongsi dulu diari kerja-kerja awal sebelum projek bermula. Masih menggunakan khidmat Aiman Kontraktor yang telah kami kenali sejak 10 tahun lepas. Puashati dengan kerja dia. Selalu above expectation alhamdulillah.
Credit source. |
Setiap malam sebelum tidur Ummi tenung je syiling ni... Risau takut runtuh 😅
Sheer curtain tu pun dah berlubang. Tuan rumah sewa bagi kami masa awal kahwin dulu. Bawa dari rumah sewa hingga ke rumah sendiri.
Bilik air asal ni. |
Bilik air ni dah bertahun tak digunakan. Ada leaking pada bahagian lantai. Sudahnya jadi stor! Susah juga sebenarnya sebab terpaksa kongsi satu bilik air sahaja di tingkat atas ni. Tapi apa boleh buat bajet takde nak renovate. Takat repair tu mampu lagi tapi kami plan nak renovate sekali dengan master bedroom. Sekali jalan je... Itu yang makan tahun juga baru dapat realisasikan impian kami ni.
Jom baca catatan Ummi tentang projek ni...
Reno Diary - Pre
16/5 - Pilih Tiles di LS Home Decor, Selayang
Time ni fasa PKP yang boleh naik kereta 4 orang. Fasa 3 kot... Tenang sikit hati nak pilih tiles sebab dapat bawa the youngest two bersama :)
Lantai bilik. |
Tiles untuk feature wall bilik air |
Design pilihan... |
Lantai bilik air. Pilih tiles kesat supaya tak licin. |
20/5 - Barang Sampai
Barang dah sampai. Kami cuma pilih tiles. Yang lain seperti sinki, faucet dll serah pada AK. Mujur juga raya kali ni dalam PKP, aktiviti ziarah raya tak dibenarkan kecuali raya pertama sahaja. Tidaklah segan sangat sebab barang-barang pembinaan dan barang yang nak dibuang memenuhi ruang beranda dan porch. Bawah tangga pun penuh dengan barang dari stor (bilik air utama). Kesian Paklong aP, nak datang beraya Ummi tak bagi haha...
30/5 - Survey Curtain
Kami ke H&A Craft untuk survey dan dapatkan quotation. Memang berkenan dengan service H&A Craft ni. Tapi survey juga di Elyza. Dua-dua memberikan layanan yang sangat baik. Cuma, harga H&A Craft lebih menepati bajet kami.
31/5 - Gotong Royong 😁
Kerja pembersihan akhir sebelum AK mulakan kerja. Anak-anak bergotong royong bersihkan bilik ni. Time ni barang-barang semua dah dipindahkan ke bilik Kakak dan Abang. Bilik depa pula dah jadi macam stor 🤭
Antara yang dibuang... Katil ni beli masa kami mula kahwin dulu. Dah berbelas tahun usianya... Kaki pun ada yang reput, dimakan anai-anai.
Lagi kesan reput dan lembab akibat leaking. Puncanya dari bilik air tengah. Dah repair & reno 2 tahun lepas. Baca SINI ye 🤗
Finally, the room was ready for make over 💃💃💃
Tidak sabar nak tengok yang sudah siap.
ReplyDeleteSuka jubin dinding peragaan heksagon tersebut.
Sabaq naa 🤗
DeleteTak sabar pulak nak tengok hasilnya
ReplyDeleteSabaq... Sabaq... 😘
Deletecepat kak update after renovation.. tak sabar pulk nak tengok hasilnya. hehehehe
ReplyDeleteTunggu..... 🤗
DeleteBab renovate rumah ni penat nak mengemasnya kan. selagi tak dibuat, selagi tu rasa rimas tengoknya. tak sabar nak tengok hasilnya.
ReplyDeleteYe... Sampai sekarang tak habis kemas lagi Fiza 😊
Delete