Sunday 19 July 2020

Kerabu Perut bersama Pucuk Paku & Tauge


Salah satu menu favourite Ummi jika makan kenduri di kampung-kampung ialah kerabu. Tak kisahlah kerabu pucuk paku ke, kerabu taugeh ke, kerabu nangka ke semua Ummi suka. Lagi best kalau dicampur dengan kerang atau perut lembu. Nak-nak pula air tangan makcik-makcik atau tok-tok, fuhh sedap tak boleh bincang!

Dulu-dulu di tempat Ummi, makan kenduri secara hidang. Setalam tu adalah 3-4 jenis lauk, serba sedikit. Kalau ayam seketul, daging pun sama. Telur masak kurma pun sebiji je. Setalam tu makan 4 orang. Walaupun lauk tu sikit, tapi nikmat makan. Nak kata berebut tu tidaklah tapi lebih kepada berkongsi. Cubit lauk sorang sikit. Yang paling cepat habis kalau setalam makan dengan orang-orang tua pastinya kerabu! Lauk ayam daging tu depa tak pandang sangat. Tapi, yang seronoknya kerabu biasanya boleh minta tambah sebab ada extra. Ayam daging pula limited haha...

Semalam Ummi cuba buat kerabu perut +  pucuk paku & tauge, style utara., letak santan dan kerisek.


Kerabu Perut bersama Pucuk Paku & Tauge
Sumber: Sharlina89

Bahan-bahan
1 mangkuk perut lembu (perut tuala/perut bulat/ perut kitab) rebus bagi empuk dan potong ikut suka
1 ikat pucuk paku (celur dan tos)
1 genggam tauge (celur dan tos)
1 biji bawang besar dihiris
¾ cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik (kerisik kena banyak baru sedap)
2 sudu air limau nipis - ganti dgn 1/2 sk asam jawa
Garam, gula sikit, ajinomoto (jika yang tak suka ajinomoto tak payah masuk pon tak apa) - tak letak

Bahan blender (kisar bagi halus) :
3 batang serai - 1 batang serai 
1 inci halia
½ inci lengkuas
Cili api 6 biji (merah dan hijau)
Belacan sebesar ibu jari

# Ummi tumbuk semua bahan di atas. Mula-mula tumbuk dulu halia, serai & lengkuas. Bila, dah lumat baru masukkan cili api dan belacan.

Cara-cara
1. Masukkan bahan kisar/tumbuk tadi ke dalam mangkuk besar/besen. 



2. Masukkan kerisik, bawang, air limau nipis, santan, garam, gula dan ajinomoto.

3. Gaul sebati semua bahan dengan menggunakan tangan atau sudip.
4. Masukkan bawang, perut, pucuk paku dan taugeh. Gaul lagi. Sesuaikan rasa. Siap!


Tapi itulah, Abang je makan. Angah dan Kakak taknak. Ummi buat perut masak lemak hari tu berebut-rebut pulak 😅

15 comments:

  1. Waduh sedapnyaa..kesukaan Suami Saya ni..lama tak buat..

    ReplyDelete
  2. Favourite Pak Inche kita ni, selalu kalau balik kampung time raya, mesti cari perut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la, kat kg lagi best. Boleh cari perut lembu fresh SK 😋

      Delete
  3. Nampak lauk berkuah kalau tidak diberitahu ini kerabu.

    ReplyDelete
  4. sedapnya kerabu. masuk santan lagi la sedap :)

    ReplyDelete
  5. Allahu.. sedap sgt... feveret ni.. tp x pernah buat sendiri lagi. takut x menjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi simple tapi itulah kena pamdai2 olah sbb org tua2 depa main campak2 ja. Tapi sedap tak terkata :)

      Delete
  6. Faveret jugak ni.... tak pernah buat sendiri tapi kalau makan kedai mmg ambiklah lauk ni.

    ReplyDelete
  7. fevret !! tapi togey tak makan. so kita letak tepi =p

    ReplyDelete
  8. Suka juga makan kerabu tapi tak makan pulak kerabu perut. makan taugeh dgn pucuk paku je lah ni.

    ReplyDelete