Friday 6 December 2019

M Global Hotel Muar... A hidden gem


Sebagai penutup JJCM kami ke Muar tempohari, Ummi nak kongsi tentang hotel  kami menginap, M Global Hotel. Ummi ibaratkan hotel ni seperti permata yang tersembunyi. Tak sangka ada hotel yang cantik sebegini disebalik banyaknya pilihan hotel yang ada di Muar. Ye, Muar menawarkan pelbagai jenis penginapan seperti hotel, homestay, resort dsbnya. Sesuai dengan tarafnya sebagai Bandar DiRaja. 

Lovely ❤️

Tapi, kami mengambil masa yang agak lama juga kerana mencari hotel yang sesuai dengan kehendak kami. Kebanyakan hotel yang kami survey tiada yang memenuhi kriteria kami. Dari segi harga, Ummi prefer <RM200. Walid pula tak kisah, asal selesa. Boleh dikatakan kebanyakan hotel disini menawarkan harga di bawah RM200. Tapi kriteria lain pula tak lulus. Ada yang lokasinya OK, tapi parking space pula limited. Ada yang view cantik di tepi sungai tapi hotel lama... Macam-macam... Nak tidur semalam je. Eh, tak boleh sebab ini datang bercuti. Semua kena tip top takut satgi spoil mood bercuti :D Haha ... Taklah, asal berbaloi dengan harga, OK je. Cuma sekarang banyak options jadi kita pilihlah yang terbaik ikut pandangan kita.


Akhirnya kami jumpa juga hotel idaman hati. Bila tengok dalam website, terus suka dengan hotel ni. Kena sangat dengan kriteria kami; hotel baru, bersih, cantik selesa, ada lif, parking luas antaranya... Terletak di kawasan lot kedai yang nampaknya baru dibuka. Lokasinya di Sg Abong, lebih kurang 5 minit berkereta ke bandar. Breakfast tak disediakan tapi tak jadi hal sebab kami nak makan sate Muo for breakfast. 

Main entrance... 

Lobby... 

Hello Santa! 

Specialnya hotel ni selain menyediakan bilik seperti deluxe rooms, family rooms dsbnya, M Global Hotel juga menawarkan bilik  bertema (themed rooms) iaitu Bali, Korea, Jepun & European themes. Kami pilih European theme. Harga semalam RM215. Ikutkan Ummi bilik deluxe pun dah Ok (sekitar RM150 semalam) tapi Walid nak try bilik Europe ni hihi... Sebabnya? Ada jakuzi dalam bilik. Macamlah nak berendam pun haha... Anak-anak je yang asyik berendam. Depa ni kalau mandi dalam bath tub pun dah excited, siap berenang, menyelam bagai :D dapat pula jakuzi yang berlampu warna warni ni lagilah taknak keluar bilik ayaq!



Cantikkan bilik kami? Ummi pun berkenan dengan deco bilik ni. Ada fulus teringin juga nak make over bilik tidur jadi macam ni.

Big windows 


Bilik pun luas. Selesa untuk kami 6 beranak. Pilihan yang sangat tepat bagi kami.





Dah macam rancangan Romantika hikhik... 

Ini bilik air. Besar! Ada rain shower, ada double sinks. Sekali imbas macam dalam Property Brothers di HGTV tu. Seriously Ummi sangat puas hati. Tak jadi nak bebel sebab harga over budget haha...





Alhamdulillah puas hati sangat menginap di sini. Walid kata lepas ni nak try bilik Bali pula ๐Ÿ˜œ

M Global Hotel 
No 30 Bawah, Jalan Dutera 1/6
Taman Sungai Abong Sutera
Sungai Abong
84000 Muar 
Johor Darul Takzim
Tel: 06 959 3001
Website: www.globalhotel.com

7 comments:

  1. menarik sangat hotel nya. unik dan tersendiri ^_^

    ReplyDelete
  2. cantiknya deko bilik. siap ada jakuzi tu memang syok lah bermalam kat sini

    ReplyDelete
  3. cantik interior dia. ni kalau anak5 nampak jakuzi tu, mau penuh 5 ketul berendam dalam tu..hihi

    ReplyDelete
  4. MEmang berbaloi-baloi ya dengan harga macam tu biliknya luas dan deco menarik.

    ReplyDelete