Sunday 8 December 2019

Selamat Pengantin Baru Uda ❤️❤️❤️


Alhamdulillah Uda dah selamat diijabkabulkan dengan Pak Uda  Ahad 24/11 /2019 yang lalu. Majlisnya ringkas sahaja, untuk ahli keluarga dan rakan terdekat pengantin. Sebelah petang, Tok Ayah jemput geng surau untuk high tea. Sebelum tu buat majlis tahlil dulu. 


Susah senang menjaga Uda ni sikit sebanyak Ummi pun tahulah juga. Sekali sekala Tok Umi berkongsi rasa dan cerita dengan Ummi. Dari dia duduk asrama di Vokay AS dulu hingga masuk Insaniah kami suami isteri adalah juga jadi driver dia hantar balik asrama bila sesekali kami balik kampung. Uda ni pun pernah juga kerja sekejap di KL. Tapi tidaklah tinggal dengan kami, dia menyewa di Sentul. Sekali sekala tu datang juga ke rumah.

Hantaran kedua belah pihak... 




Haziq & Co tukang basuh pinggan... 


Sekarang ni Uda dah jadi milik Pak Uda, jadi tanggungjawab Pak Uda pula nak jadi pelindung dan pembimbing Uda. Semoga ikatan suci yang dibina berkekalan ke akhir hayat. Aamiin.

4 comments: