Keesokan paginya, kami keluar bersarapan sekitar jam 8.00. Dek kerana tidak mahu terlepas bot lagi kami target untuk sampai awal di Tanjung Emas. Jika malam tadi kami menikmati ikan dan seafood segar di Sabak Awor, hari ni kami pilih Muarians' breakfast style. Makan sate di pagi hari :D
[Baca sini: Menikmati Makan Malam di Medan Ikan Bakar Sabak Awor]
Kami pilih ZZ Satay Warisan sebagai tempat menjamu selera. Selain sate, ada pelbagai jenis lagi makanan seperti nasi lemak, soto, lontong dan mee rebus. Sate akan dihidangkan di setiap meja tanpa perlu kita membuat pesanan. Pelanggan hanya perlu membayar harga sate ikut bilangan yang dijamah sahaja.
Depa hantaq kuah sate dulu.
Sementara satenya dibakar memang tahan air liur saja haha... Penantian satu penyeksaan betul!
Yeah, sate dah sampai...
Satu pinggan ni ada 30 cucuk kot
Sate ayam & sate daging. Untuk sate special, seperti sate perut maybe kena order berasingan. |
Bil putih tu untuk harga air & makanan lain yang di pesan. Staff akan kira segala order kita. Cepat dan pantas depa mai kira. |
Jumlah keseluruhan sarapan kami pagi tu sekitar RM 40. Alhamdulillah bagi Ummi berbaloi sangat dengan keenakan makanan, service dan persekitarannya.
1...2...3...semua 29 cucuk.
Bayar je 30 cucuk, senang kira. Secucuk sate 70-80 sen.
Ya Allah, sedapnya alahai sate Muo ni. Lembut dan berminyak satenya. Bukanlah kering atau kejung seperti kebanyakan sate yang selalu beli/makan di Lembah Klang ni. Abang Kakak staff kat luar tu sibuk kipas sate, Ummi sibuk 'kipas' di blog haha... But seriously memang terbaik sate Muar ni.
Sate dibakar di depan kedai. Asap berkepul-kepul tandanya kedai satelah tu.
Kami juga order;
Mee rebus
Lontong
Bihun soto
Semuanya 5 bintang!
Alang-alang kita try semua local food. Order serba satu, pastu share je. Baru nikmat makan berebut-rebut hihi...
ZZ Satay Warisan ni memang terkenal di sini. Tengoklah sesak dalam kedainya. Kena cepat cari tempat duduk. Ironinya, kedai sebelahnya yang juga jual sate lengang! Kalau dah terkenal tu mesti orang terjah dulu kan? Tapi selesa juga sebab ada ruang berhawa dingin.
Bagi Ummi, inilah juara dalam misi JJCM kami kali ini; sate for breakfast. Sampai sekarang dok teringat lagi keenakkan satenya. Dok terbayang untungnya orang Muar hari-hari makan makanan sedap macam sate ni. Siap berangan nak cari retirement home di Muar. Berangan tak sudah Ummi ni 😂😂😂
Orang luar kalau datang Muar, please try sate Muar. Rugi tak cuba tau!
WAHHH! Bestnya. anak saya pun ada mintak sate ni, tapi tertunai lagi. hehe
ReplyDeleteNampak gaya kena ke Muar lah DP hihi...
DeleteApa salahnya mkn sate di pagi hari kan, dah ada depan mata, ngap ajelah yek.
ReplyDeleteMemang style orang sini kak... Kita pun apa lagi ngap ler :D
Deletesedapnya laa satay..dah lama tak makan :-)
ReplyDeleteNyum...nyum :)
DeleteI can't face satay in the morning. I used to see people having satay for breakfast when I was living in Terengganu and I thought it was so strange!
ReplyDeleteNo lah PH. You should try :P
DeleteHuwaa..menangis tengok semua makanan favourite nih.
ReplyDeleteAla... Sori ðŸ¤
Deleteeh..takde apelah :)
Deletejarang ada sate dipagi hari
ReplyDeleteKat Klang Valley takde kot, tapi kat Muo inilah menu breakfast yg popular Ammi.
Delete