Thursday 26 December 2019

Kakak ~ Orientasi Darjah Satu


Sabtu, 21 Disember 2019


Empat lima hari lagi Kakak akan mula bersekolah rendah. Sekejap je kan...
Sabtu lepas ada orientasi darjah satu. Sekejap je kali ni. Ikut jadual hingga tengahari tapi pada hari kejadiannya majlis hingga pukul 10.30 sahaja. Hari yang sama juga selesai pembahagian buku teks, pembelian buku tulis dan baju sukan. Alhamdulillah kali ni semuanya lancar. Tunggu nak bayar yuran sahaja bila sekolah buka minggu depan.

dan 

Jom daftar dulu... Dapat file peribadi murid, name tag dan lencana sekolah. 


 Depan sekali tu...

Aturcara majlis...

Sementara Kakak masuk kelas, Ummi Walid masuk dewan, dengar taklimat. Kena perli dengan member, dah 3 orang anak sekolah SRAI pun nak dengar taklimat ke? Of courselah... Kami raikan anak sama rata. Adil dan saksama gitew :) Lagipun mesti ada info/input baru yang cikgu nak sampaikan kan?




Pakaian sekolah Kakak sejak bulan 10 hari tu Ummi dah beli, 1 set lengkap. Excited sebab first daughter masuk sekolah rendah. Balik kampung hari tu beli lagi. Every year Ummi beli pakaian sekolah anak-anak di kedai ni. Harga lebih murah. Boleh jimat 3-4 ringgit sehelai. Contohnya baju kurung putih Ummi beli di Sri Gombak harganya RM19. 90. Di Jitra, RM15.50. Kain jenis koshibo, sama je. Mungkin sebab lokasi dan jenama kot, sebab tu harga berbeza.

Excited sungguh Ummi ni nak beli kelengkapan sekolah Kakak sampai terlebih beli sepasang baju putih & kain biru tu. Patut 4 pasang je, sebab dalam 5 hari sekolah tu ada satu hari pakai baju sukan. Adoilah Ummi ni 😇

Kakak nampaknya bersemangat nak masuk darjah satu. So do I 🤭 Moga kejayaan dan Kecemerlangan sentiasa mengiringi Kakak.

3 comments:

  1. alhamdulillah tahniah kakak dah darjah 1 ^_^

    ReplyDelete
  2. I have read your blog it is very helpful for me. I want to say thanks to you. I have bookmark your site for future updates. Browse all Instagram on the web, Instagram web viewer online, Picks the most popular hashtag and interesting users and story on Instagram viewer.

    ReplyDelete