Tuesday 6 August 2019

Hari Alam Ria Pasti 2019



Hari Alam Ria Pasti Kawasan Gombak 2019 sudah pun melabuhkan tirainya Ahad lepas. After months of preparation finally it's over. Ummi pun lega sebab selagi belum hari pertandingan selagi tu Ummi tumpang nervous. Dari sebelum bulan puasa lagi Kakak dah dapat teks pidato. Oh ya, kali ni Kakak dipilih cikgu untuk acara pidato dan hafazan. Selepas berjaya di peringkat saringan tempohari tempohari, Kakak berjaya melangkah ke final.

Dalam 2-3 minggu kebelakangan ni Kakak giat berlatih. Hari-hari balik sekolah sekitar jam 3 petang. Kesian tengok dia penat berlatih. Lagi kesian, latihan tu lebih fokus kepada team nasyid. Banyak melangut dari berlatihlah Kakak :D 

Zahra masuk acara sajak, Uzma nasyid 

Bersama team nasyid 

Lepak bersama team nasyid selepas persembahan. 

Untuk undian giliran, Kakak giliran ke-4 untuk kedua-dua acara. Cikgu minta kami ke acara pidato dulu sebab acara hafazan dimulakan dengan peserta lelaki (10 orang peserta). Kemudian baru diikuti peserta perempuan, juga seramai 10 orang. 


Tenang je dia kan?
Tq K. Auni pinjamkan blazer. 

Alhamdulillah Kakak berjaya sampaikan pidatonya dengan berjaya, tanpa gemuruh dan sangat berkeyakinan. W/bagaimanapun, Kakak tertinggal satu perenggan dalam hujahnya yang kedua. Ummi rasa banyak markah yang dipotong di situ selain kandungan pidato Kakak yang tidak diselitkan ayat Al Quran mahupun hadis. Apapun, Ummi sangat bangga dengan Kakak. Jauh di sudut hati, Ummi kagum dengan keberaniannya. Ada peserta yang menangis, ada yang hanya membisu di hadapan hadirin. Ummi pun belum tentu mampu melakukannya. Syabas Kakak 👍👍👍


Usai acara pidato, kami ke acara hafazan pula. Sekali lagi Ummi terpana dengan persembahan Kakak. Tenangnya dia... Alhamdulillah semuanya lancar hinggalah dia paused di pertengahan ayat ke-12 (kalau tak silap) Surah al Mulk. Dalam keadaan dia cuba mengingati, Hakim bacakan ayat tersebut lalu berjaya disambut oleh Kakak sambil meneruskan bacaannya. Kuranglah markahnya di situ, bila ada campur tangan Hakim. 


Ayat pilihan Al Mulk, Kakak kena hafal ayat 11-14 selain ayat wajib 1-5. Surah pilihan pula Surah Al Qariah. Penentuan ayat/surah pilihan berdasarkan undian (peserta cabut kertas undi). 

Di sebalik semua itu, alhamdulillah Kakak berjaya juga naik pentas. Dapat tempat ke-3 untuk acara hafazan. Manakala untuk pidato, sekadar saguhati penyertaan. Ummi bangga dengan Kakak. Bangga dengan usaha, keberanian dan semangat yang ada dalam dirinya. For that, I'm so proud of you my dear. And I'm thankful to Allah for having you ❤️.




Hanya Kakak dan Zakuan berjaya naik pentas. Team nasyid dapat tempat ke-7, better than last year (tempat ke-8). Yang lain-lain; Zahra, Fahmi takde rezeki menang. Yang penting, semua dah buat yang terbaik 👍👍👍

Terima kasih yang tak terhingga buat guru-guru teristimewa buat Cg Sue yang banyak membimbing dan mencungkil bakat Kakak. Ummi pun tak tau ada Ummi pandai berpidato :D

Kenangan penyertaan anak-anak di Hari Alam Ria Pasti; 

2018 ~ Kakak masuk acara NASYID
2017 ~ Angah masuk acara SAJAK
2014 ~ Abang masuk acara BERCERITA (menang peringkat kawasan Gombak tapi terpaksa tarik diri atas urusan keluarga). Ceritanya di SINI. 

Kita tunggulah 'turn' Adik nanti. Sekarang pun dia dah pandai berpidato, sementelah hampir hari-hari melihat Kakak berlatih 😂😂😂

6 comments:

  1. Subhanaallah comelnya kakak.. Tahniah kakak semoga terus berjaya dunia akhirat ye..Aamiin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...beraninya kakak berpidato depan orang ramai kalau acik kan mesti membisu kat depan tu..apapun tahniah kakak dapat tempat ke 3 dalam hafazan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita hihi...
      Terima kasih auntie ❤️

      Delete
  3. Tahniah Kakak 😘
    Hebatnya Kakak berani berpidato lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih banyak kak 💐

      Delete