Kakak dipilih oleh cikgunya masuk acara hafazan dan pidato untuk Hari Alam Ria Pasti 2019 (kawasan/daerah Gombak). Setiap Pasti wajib hantar peserta untuk acara hafazan (L/P) dan nasyid. Untuk tahun ni diadakan saringan dulu untuk kedua-dua acara ni. Saringan ikut zon. Pasti Kakak di bawah Zon Gombak Setia, zon paling banyak Pasti dalam kawasan Gombak.
Rabu lepas majlis saringan ni telah diadakan di Masjid Al Shariff, Greenwood. Ummi, mama Asyraf & papa Amin volunteer jadi chauffeur Kakak dan kawan-kawannya sebab sekolah takde transport. Berat rupanya gendang yang team nasyid ni main. Ingatkan ringan je. Terhoyong-hayang juga Ummi mengangkatnya :D
Untuk hafazan ada surah wajib Al Fatihah & Al Mulk (ayat 1-5 wajib, 10 ayat seterusnya randomly pick by the jury) dan satu surah pilhan (Al Nas-Al 'Adiyat). Yang ni pula peserta cabut undi. Kakak kena Surah Al' Adiyat. Ummi tak tengok pun saringan ni sebab cikgu kata hanya untuk peserta dan guru-guru sahaja. Tapi ada juga parents yang joined.
So satu ni je gambar Kakak hari tu ;
Bergambar dengan geng nasyid. |
Team nasyid in action. |
Alhamdulillah keputusannya Pasti Kakak dapat ke peringkat seterusnya utk acara hafazan perempuan (Kakak) dan nasyid. Takde rezeki Amin (hafazan lelaki) nak join hari kemuncak nanti :( takpe, pengalaman tu yang penting.
Good news yang ke-2 pula Kakak lulus UKS tempohari. Alhamdulillah syukur sangat bila dapat result semalam. Allah sahaja yang tahu berapa risaunya Ummi menanti keputusannya. Kata Angah "tak sia-sia Angah baca Yasin untuk Kakak". Tq Angah 😘 Ummi pun 3 malam berturut-turut baca Yasin untuk kejayaan Kakak; untuk hafazan dan UKS ni.
Process seterusnya Ummi kena ke sekolah untuk sahkan kemasukan Kakak ke SRAI.
Kawan Kakak, Rayyan pun berjaya juga alhamdulillah. Lega sangat bila semua dapat satu sekolah. Banyak hal lebih mudah untuk diuruskan Insha Allah.
Semalam dapat result hari ni dah excited nak pergi beli barang keperluan sekolah dia 😆😄😄 Mestilah exited, anak perempuan first masuk darjah 1 haha... Kat mana nak cari tudung sekolah ye kawan-kawan? Sharing is caring ye 🤗
tahniah.
ReplyDeletedebar-debar mak anak nak masuk sekolah kan...kita debar anak last nak amik peksa upsr dan psra pula tahun ni. semoga dia dpt jawab periksa sehabis baik hendaknya
Anak nak exam besar lagi berdebarlah ye huhu...
DeleteMoga anak puan beroleh kejayaan aamiin.
alhamdulillah syukur...moga dipermudahkan urusan nak masuk sekolah...tudung sekolah, kita selalu nampak ada kat mydin...hahahaha
ReplyDeleteAamiin.
DeleteOK noted, mydin hihi
Alhamdulillah semoga kakak terus berjaya ke peringkat tertinggi & menjadi anak solehah, aamiin..
ReplyDeleteAamiin aamiin aamiin tq LZ 😘
DeleteAlhamdulillah. Tahniah ummi & kakak.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan di sekolah nanti.
Aamiinn.....
Terima kasih kak laili 💐
Deletetahniah kakak dan ummi dia jugak...mmg rasa seronok kalau anak2 terpilih lebih2 lagi kalau perihal untuk bekalan disana nanti..
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih kak
DeleteTahniah kakak....ummi dia pun tahniah gak
ReplyDeleteTq mama yan 💐
Deletetahniah :)
ReplyDeletemoga jadi anak yg buat ibu ayah happy.
anak2 buah aida srai di bangi.
Tq aida 😘
Delete