Saturday 20 July 2019

Pulut Kuning ~ Style Bonda Rozita


Kami sekeluarga memang suka makan pulut, tak kiralah pulut kuning atau pulut tanak. Angah pun boleh dikatakan setiap jumaat beli pulut kuning di kantin.


Selalunya kalau buat pulut kuning, Ummi guna cara tradisional; rendam pulut semalaman, kukus pulut hingga separuh masak, gaul dengan santan kemudian kukus lagi sekali hingga masak. Mengambil masa sikit untuk menikmati hasilnya.

Pernah juga Ummi cuba resepi pulut kuning express tapi Ummi tak suka hasilnya. Berminyak sebab santan diganti dengan minyak dan pulutnya lembik, tak kenyal seperti pulut kukus.

Tapi, bila Kak Lina PG kongsikan cara buat pulut kuning kukus style Bonda Rozita Ummi teringin mencuba. Pulut kukus tapi pulutnya dimasak bersama santan dahulu. Tekniknya hampir menyamai cara menyediakan ketupat palas. Pulut pun tak perlu di rendam, lebih cepat. Anytime terasa nak makan pulut, boleh terus masak asalkan cukup bahannya.

Bahan-bahan
1. 3 cawan beras pulut - cuci bersih dan toskan 
2. 1 cawan air
3. 1 cawan santan pekat
4. 1 cawan santan cair (atau air)
5. Kulit kayu manis
6. Daun pandan
7. Gula & garam
8. Serbuk kunyit
9. Daun pisang utk alas pengukus

Cara-cara
1. Jerang air dalam kuali. Masukkan kulit kayu manis, daun pandan, gula dan garam serta serbuk kunyit. Kacau sebati. Jerang hingga mendidih sambil dikacau supaya gula dan garam larut. 
2. Masukkan santan pekat dan santan cair. Kacau sebentar hingga naik wap.
3. Masukkan pulut dan kacau rata hingga santan kering. Kacau hingga ke dasar kuali supaya tidak hangit. Tutup api. 
5. Pindahkan ke dalam loyang kukusan yang telah dilapik daun pisang. Buat lubang di daun pisang supaya pulut masak sekata. 
4. Panaskan periuk pengukus dan pastikan air kukusan mendidih dahulu baru di masukkan loyang berisi pulut tadi. 
5. Kukus 10-15 minit. 

Hasilnya. 

Senangkan? 

Tapi Ummi kecoh (tipu) sikit. Dah dapat teknik senang, Ummi simplify lagi. Akai panjang haha... Ummi kukus dalam Noxxa PC ja 😆😆😆. Pulut yang dah kering santan tadi tu, Ummi transfer dalam loyang kuih. Alas dulu dengan daun pisang untuk aroma yang lebih mengancam. Pastu guna steam mode, set 15. Ummi buat pulut ni sambil tunggu berbuka, dalam setengah jam je siap. Elok pulut siap, elok orang nak azan. Tapi bukan buat berbuka pun, untuk sarapan pagi jumaat. Lagi sedap dimakan sebab dah kenyal elok pulutnya. 

Loyang dah masuk dalam inner pot. 

Cara nak steam guna Noxxa PC; 
1. Masukkan tuala dapur yang dibasahkan dan letak di dasar inner. Tujuannya untuk elakkan inner pot bercalar. 
2. Ambil tungku/besi pelapik dan letak atas tuala tadi. 
3. Masukkan air paras tungku. 
4. Letak loyang atas tungku. Tutup periuk, tombol periuk halalkan ke mode steam. Tekan button steam 15 kali. 
5. Dah bunyi beep tu siaplah dia. 

Jangan marah ye Bonda Rozita 😅

9 comments:

  1. favorite akak niii..nak2 dapat makan dengan sambal ikan bilis...mmg tak panggung kepala dah...

    ReplyDelete
  2. kita selalu tanak aje pulut tu. Dasar penyakit M tinggi. Nanti boleh try cara ni pula,macam mudah sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kl pulut tanak tu utk makan dgn ikan masin & kelapa parut.

      Delete
  3. Replies
    1. Dipersilakan 🤗
      Ringkas tapi sedap. Itu yg penting

      Delete
  4. minat juga pulut kuning.
    makan dgn rendang.
    makan dgn sambal bilis.
    wow!!! ngencesss...
    tapi, tak pandai masak :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  5. Puan Hazel, pulut kuning is one of my partner's favorite to eat with nonya style chicken curry. Malangnya his other half dunno how to masak pulut kuning hee..hee... I must try Lina's recipe too.

    ReplyDelete